Nuffnang Ads

Saturday, March 26, 2011

Cendol Sagu Serkam


Cendol Sagu Serkam

Kalau kita datang dari arah Bandar Melaka ke Muar, melepasi Pekan Umbai, kita akan sampai ke Serkam. Selepas simpang masuk ke Medan Ikan Bakar Anjung Batu, kita akan jumpa sebuah kedai ,menjual cendol dan goreng pisang seleps sebuah Sekolah Cina di sebelah kiri jalan.

Menu yang patut dicuba semestinya cendol sagu. Rasanya yang tak terlalu manis dan lemak memang best! kena pulak kalau cuaca hangat...memanglah melegakan. Semangkuk baru RM1.50. Kalau lalu-lalang di jalan lama Melaka-Muar cuba-cubalah cari ok.

Banjir Besar Johor Februari 2011 - Revisited (II)








Ini ada lagi gambar-gambar masa banjir Febuari 2011 di Segamat, Jasin dan Linggi.

Berapa agaknya nilai kerugian banjir kali ini? Ada tak sebarang angka yang kita boleh kongsikan sama-sama?

Friday, March 25, 2011

Banjir Besar Johor Februari 2011 - Revisited
















Gambar-gambar di atas adalah pemandangan musibah banjir yang melanda utara Johor pada bulan Januari-Febuari, 2011.

Banjir turut melanda selatan Negeri Sembilan dan pedalaman utara Melaka.

Banjir yang melanda adalah lebih besar dan lama berbanding yang berlaku pada 2006.

Seharusnya suatu 'Grand Plan' dirangka segera untuk mengelakkan musibah ini terus berulang di masa depan dan menyebabkan kerugian berjuta ringgit kepada rakyat terbanyak.