Nuffnang Ads

Wednesday, August 11, 2010

PLUS - Yong Peng - Pagoh Route


Melalu lebuhraya PLUS dari arah selatan ke utara Semenanjung Malaysia selepas melepasi susur keluar ke Plaza Tol Yong Peng Utara dan sebelum sampai ke susur keluar ke Plaza Tol Pagoh, kita akan melalui suatu kawasan lembangan tanah yang menarik bentuk muka buminya. Di sebelah kanan laluan saya  ialah kawasan ke arah Kluang dan di sebelah kiri laluan saya ialah kawasan ke arah Parit Sulong, Batu Pahat.

Latar-belakang laluan ini ke arah utara ialah kawasan perbukitan menghampiri Pagoh yang tampak indah berbalam dari kejauhan jika kita memandu dari arah Yong Peng. Seolah-olah satu banjaran bukit tinggi yang terletak di hujung kawsan sawah padi pemandangan itu.

Terdapat sebatang sungai besar yang mengairi kawasan ini yang dikenali sebagai Sungai Sembrong dan di kawasan ini jugalah di hulu sungainya dikatakan terletaknya Empangan Sembrong.

Pada banjir besar yang melanda JOHOR pada tahun 2006, dikhabarkan air yang tertampung terlalu banyak akibat hujan lebat luar biasa yang melanda kawasan tengah dan tenggara negeri Johor yang terkumpul di empangan itu terpaksa dilepaskan lalu ia  menyebabkan banjir melanda kawasan berhampiran seperti Parit Sulong, Parit Yaani,Parit Raja, Kluang, Kahang dan sedikit kawasan di Mukim Pagoh.

Di kiri dan kanan jalan ini wujud ladang-ladang sawit dan tanaman kontan serta nurseri sawit dan bunga kecil-kecilan yang diusahakan penduduk setempat.

Gambar-gambar ini saya rakam selepas menempuh hujan lebat di kawasan Lebuhraya PLUS Machap-Air Hitam dan cuaca sedang bertukar dari mendung kepada hujan yang semakin kuat. Walaupun suhu aircond dalam kereta sudah direndahkan ke tahap minima, tapi kesejukan dan kedinginan ketika melalui kawasan ini tidak dapat dielakkan kerana hari sedang hujan dan terdapat kawasan bukit-bukau hutan malar hijau yang agak tebal di kiri dan kanan laluan saya.

Banjaran Gunung yang memisahkan Mukim Pagoh dan Batu Pahat-Kluang

Pandangan sisi kiri laluan ke arah Parit Sulong

Hujan mulai lebat

Semakin hampir dengan kawasan bukit-bukau dan gunung yang diliputi hutan

Jalan menaiki bukit dan udara di sini sedikit dingin sebab menghampiri bukit-bukit hutan tebal.

Mula memasuki kawasan Mukim Pagoh - Dusun Damai Resort hanya 2-3 km di hadapan.

Sampai di Mukim Pagoh.

Kurangkan pecutan, kawasan turun bukit dan katanya ada speed trap di sini.

Kabus petang mulai naik ke ruang udara selepas hujan lebat di sebelah pagi-tengahari.

Kabus makin tebal di kawasan Pagoh.

Dingin!

Sejuk!

Hutan malar hijau.

Hutan malar hijau juga!


2 comments :

ICAZIESYIRA said...

saya selalu lalu sini :D

selatanselat said...

selalu? dr mana nak ke mana tu...