Inilah jambatan lama Muar, Jambatan Sultan Ismail. Lama dah dibina dalam tahun 60'an atau 70'an kalau tak silap. Aku snap gambar ni dari tepi tebing Sg Muar dekat sebelah Pejabat Tanah, dekat parking lot sebelah Hotel Muar Traders.
Macam-macam cerita pasal jambatan ni. Ada kupang besar meja guru la kononnya bawah dia, ada ular sawa besar naga la bawah dia. Ada sekali kecoh sampai orang TV3 datang buat cover news, tapi habuk pun tarak. Satu bandar Muar tu jammed masa tu sebab kononnya TV3 dapat snap gambar ular resaksa bawah jambatan dekat dengan Pasar Awam Muar.
Tapi setiap kali lalu-lalang atas jambatan ni bagi aku ada satu cerita aje yang betul...kita boleh nampak keindahan Kuala Sungai Muar dan Bandar Muar sepintas lalu dari atas dia.
Kalau malam-malam minggu, ramai pemancing bersidai atas kiri dan kanan jambatan ni memancing. Kadang-kadang, bila air pasang, kita boleh nampak air laut yang hijau masuk ke dalam kuala sungai sampai ke arah Sabak Awor (ke arah hulu Sg Muar).
Sekarang ada jambatan baru selain jambatan ni dekat Muar. Jambatan baru tu design dia ala-ala jambatan Pulau Pinang atau jejambat depan kilang Motorola kat Kelana Jaya. Tapi gambar dia aku tak sempat snap lagi. Naik dekat Parit Bunga, turun kat Jalan Salleh/Sabak Awor (kalau kita datang dari arah Melaka le).
Tapi jambatan baru tu belum ada apa-apa legenda lagi macam Jambatan Sultan Ismail ni. Sama-sama la nanti kita tunggu apa cerita menarek pasal jambatan baru tu. Sementara waktu ni, legenda Jambatan Sultan Ismail ni tetap akan segar.
7 comments :
der..pe yg best pasal jambatan kedua muar yek..?
Bro-setakat ni belum ada apa2 "urban legend" pasal Jambatan Kedua Sg Muar yg smpi ke pengetahuan aku.
Cuma masa dah nak dibuka pada traffic dulu, dengarnya ada sebijik kapcai yg rider dia lelaki India tercampak jatuh ke bawah jambatan masuk ke sungai.
Tapi ini kabar angin jer. Kalau tgok ketinggian tembok tepi jambatan kedua tu mcm mustahil jek kapcai boleh lompat naik! Ntah le.
Tp, yg penting dr jambatan kedua kita akan nampak view ke arah Bandar Muar yang memang lawa menghala ke hilir sungai.
Kalau tgok ke arah hulunya, kita akan nampak banjaran Gunung Ledang jauh nun ke Tangkak dan tebing-tebing sungai yang penuh dengan pokok rembia/nipah di kawasan Parit Bunga - again, view dia mmg lawa.
Kalau air laut pasang, air laut yang jernih kehijauan boleh kita nampak juga dekat jambatan kedua Sg Muar ni.
Kalau ada urban legend terbaru yg aku tau, nanti aku share kat sini k.
Jambatan ini siap dibina tahun 1962. Arwah ayah saya, Mohd. Salleh Bin Mohamad yang bekerja sebagai Pembantu Teknik Jabatan Akitek JKR Johor telah telibat dalam perancangan, rekaan dan binaan jambatan tersebut.
To Uda Salleh, thanks a lot for sharing the valuable info. Mesti kalau lalu kat jambatan lama Sg Muar tu you teringat nostalgia kisah2nya yg you tahu samada fakta pembinaan atau urban legendnya. Klu ada lg sudi2 le kongsikan di sini ok. Tq.
tentang ular besar tu, kawan aku citer dia pernah nampak..alkisahnya dia ni antara pemancing tegar kat jembatan muar tu...ada satu malam tu dia kata dia nampak bayang2 hitam macam kayu balak merentas dari hujung sg muar (skang ni giant tg agas tu), menghala ke pasar muar..mungkin ular besar tu kot..tapi aku rasa itu bukan ular biasa...jin or penjaga sungai tu kot..kalau ikut citer zaman2 dulu pun ada kisah pasal naga bentayan ni...aku pernah baca dalam buku variasari dulu2
billionman78 - masa akan tentukan samada benar atau tak urban legend ttg ular resaksa bawah jambatan Sg Muar ni~ Sama2 kita tgok nanti (klu ada).
Kembang otak aku
Post a Comment