Nuffnang Ads

Monday, August 9, 2010

Jalan Bukit Kepong - Durian Chondong - Kebun Baru - Jementah

Kali ini aku nak kongsi gambar-gambar yang aku sempat snap masa memandu pulang ke Melaka lepas outstation ke Segamat di Jalan Bukit Kepong - Durian Chondong - Kebun Baru - Jementah.

Jalan ini bukanlah laluan utama kalau kita bergerak dari Muar/Tangkak/Melaka ke arah Segamat atau sebaliknya. Tapi ia jalan yang menyambungkan jalan utama Jalan Muar-Segamat dengan Jalan Muar-Pagoh-Labis.

Terdapat kawasan ladang getah, sawit dan sayur yang banyak di kiri dan kanan laluan ini. Kalau kita dari Muar/Tangkak/Melaka nak ke Labis, Bukit Kepong, Chemplak, Pagoh dan Lenga memang boleh ikut jalan ini untuk singkatkan masa perjalanan.

Laluannya yang beralun dan berselekoh sedikit serta dilatari oleh banjaran Gunung Besar menghala ke Selatan dan banjaran Gunung Ledang di Utaranya menghidangkan panorama yang menarik untuk dirakam, khususnya semasa waktu matahari terbenam.

Melepasi Seri Ledang/Seri Jaya - Kelihatan Gunung Ledang tersergam kukuh!

Pecut!


Usia pohonan getah yang tua dapat dilihat dari ketinggiannya dan keadaannya yang memayungi jalanraya menghampiri Kebun Baru.

Taman Negara Ledang.

Redup dan nyaman.

Selekoh tajam berhampiran Kg Teratai.

Banjaran Ledang.

No comments :