Nuffnang Ads

Saturday, August 7, 2010

Escapism2 - Masjid Kristal, Kuala Trengganu



                                                    

Semasa ke Kuala Trengganu, aku sempat singgah melawat Masjid Kristal. Masjid ini kelihatan macam tak ada kariah macam Masjid Selat di Melaka yang terletak dalam kawasan perniagaan Taman Melaka Raya (dekat Bandar Hilir).

Tak ingat jalan nak ke sana macamana kalau dari Kuala Trengganu. Tapi aku rasa ramai orang Malaysia boleh cari di mana Masjid Kristal ni kalau dah sampai Kuala Terengganu. Tak susah nak cari. Signboard banyak. Tak pun cari dalam Google Maps.

Apa yang aku ingat on the way nak sampai tu kita akan jumpa Kampung Losong dulu, kemudian Muzium Negeri dan Taman Tamaddun Islam.

Cantik tu memang cantik, tapi isu kebersihan dan penyelenggaraan kawasan sekitarnya perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Di sisni kita boleh lihat Seberang Takir di seberang Sungai Trengganu, Jambatan Sultan Mahmud dan Pulau Duyong (lokasi Monsoon Cup).

Ramai yang datang dan ramai yang sok-sek-sok-sek kata kiblat Masjid Kristal ni tak betul. Wallahua'lam. Biar Ulamak dan Umarak selesaikan sebab itu tanggungjawab mereka.

Seni bina Melayu Trengganu dan Arab Moden sangat kuat dalam masjid ini. Tarikan pelancongan baru di Trengganu yang pada pandangan peribadi aku tidak kurang menarik!

2 comments :

nur said...

nice entry

SelatanSelat said...

tq ... there'll be more photos after this for this entry...