Nuffnang Ads

Friday, May 24, 2013

Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

Jambatan Utama Siar Kaki
Masa cuti sekolah sebelum terbubarnya Parlimen untuk beri laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ni aku sekeluarga ke Kuala Terengganu. Sempat le stay dalam 4 hari 3 malam kat sana.

Lampu Hiasan Ala I-City
 Salah satu tempat yang aku singgah ialah Pulau Warisan. Pulau Warisan ni terletak di tebing selatan Sungai Kuala Terengganu, di belakang Kampong Cina. Tak jauh dari Pantai batu Buruk dan Pasar Payang.


Salah-satu jambatan laluan masuk untuk kenderaan
 Aku perhatikan yang kawasan ni macam kawasan tambak. Serupa macam Taman Melaka Raya di Melaka. Ramai jugak orang datang. Ada yang main kereta control, layang-layang, basikal & etc
Sungai yang memisahkan Pulau Warisan dan Kampong Cina
 Antara kawasan Pulau Warisan dan Kg Cina ia dipisahkan oleh sebatang Sungai. Mungkin buatan atau mungkin tebingnya telah dipasang konkrit. Dihias dengan aksesori jalan macam lampu, pokok hiasan lanskap dan pagar berukir yang menarik.
 Ada juga tangga menuruni dari tebing sungai ke permukaan airnya. akan datang mungkin akan dibuat khidmat perahu macam GONDOLA di Venice atau setidaknya boleh jadi macam Sg Chao Phraya di Bangkok.
Kaing! Kaing! Kaing!

Untuk lebih menghidupkan susana, ada juga orang berniaga kain dan baju di tepi jambatan siar kaki yang merentasi sungai tersebut. Suasana malamnya makin hidup dan meriah. Ramai juga yang datang serbu.
 Kira bijak jugak lah diorang wujudkan kawasan Pulau Warisan ni. Dapat cipta satu tumpuan pelancing yang baru dalam kawasan Kuala Terengganu.
Orang Puang Hok Beli Kaing! Orang Jatang Perati Saje!
 Harapan aku di masa depan mungkin kemudahan asas macam tandas awam, surau dan medan selera dapat dibina untuk memenuhi keperluan pelawat. Lampu hiasan ala I-City nya memang le menarik dan mengasyikkan.






The New Me?
2 Tahun

Alhamdulillah.

Sekian lama menyepi. Tiada up-date. Bukan tak mahu, tapi tak sempat. Terlalu banyak peristiwa berlaku. Dari seorang anak dah 3 orang. Pindah rumah, buka bisnes sendiri lepas beberapa tahun jadi pekerja orang lain, mak mertua jatuh sakit, adik beradik kahwin etc etc etc.

Apa pun, I'm back! Dengan niat nak hidupkan balik blog ni dengan bahan baru. Banyak nak dikongsi. Banyak gambar nak dimuat-naik.

Sama-sama le kita bergerak semula ya!



Tuesday, October 25, 2011

Gulai Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin Temerloh di Batu Berendam, Melaka

Bahagian Depan Kedai Makan Ikan Patin Temerloh, Batu Berendam, Melaka


Ruang tempat duduk yang selesa dan banyak. Menu nasi campur yang lain pun ada dijual.

Menu

Menu Minuman

Nasi Putih Panas, Sayur Kobes, Kacang Botol, Ikan Sepat Goreng dan Bahagian Ekor Patin Masak Lemak Tempoyak - sajian buat aku!

ABC Special pun ada

Masak lemak tempoyak ikan patin! Di Melaka! Macam tak percaya aku masa mula-mula discover kedai makan ni. Rasa macam nak gila pun ada. Maklumlah, menu yang cuma banyak boleh dapat kat Temerloh, Pahang ni dah ada kat Melaka. Tak payah pegi sana jauh-jauh nak makan.

Yang bestnya, harga tak mahal dan selain dari menu ini sendiri, ada menu-menu nasi campur lain yang tak kurang sedap dan ala-ala home-made cooking gitu!

Terletak di kawasan rumah kedai 2 tingkat baru berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dan Domino's Pizza Batu Berendam. Tak jauh dari roundabout Malim (nak ke kedai aksesori kereta terkenal Brother's).

Nasihat aku, korang kena cuba-test-try-tengok makanan kat sini terutama sekali masak lemak tempoyak ikan patin.

Ok, masa dah time. Aku stop kat sini dulu. Caloh!