Nuffnang Ads

Friday, August 13, 2010

Ramadhan - 3rd Day - 2010

Hari ini, sudah masuk hari ke-3 puasa. Ini juga hari pertama aku terpaksa keluar outstation sejak puasa bermula. Cuaca agak panas sepanjang perjalanan ke Segamat, Johor. Trafik ok. Tak banyak lori-lori sawit macam selalu. Layan corner macam biasa, tapi sebab berpuasa ada lemau dan mengantuk sikit! Nasib baik kes aku dapat selesai dan tak payah jalankan Perbicaraan engan menyoal segala saksi bagai nak rak. Jimat tenaga dan kudrat aku!

Tapi bila tiba waktu petang dalam jam 3.30 lepas solat Jumaat, cuaca makin panas. Nasib baik dalam perjalanan balik ke Melaka aku memandu ikut Jalan Tangkak - Jasin - Bemban - Air Keroh. Redup sikit. Suasana kampung di kiri kanan jalan menenangkan mata dan  menyegarkan minda - walaupun lapar tetap terasa.

Bila tiba di air Keroh, jam dah 4.30 petang. Aku malas nak ke pejabat lagi. Balik ke kawasan rumah, singgah ke Pasar Ramadhan dan beli juadah untuk berbuka.

Bila tiba di rumah tekak makin haus. Aku parking kereta, angkat barang masuk dalam rumah, kemudian rehat kejap. Lepas hilang penat aku solat Asar dan tunggu isteri dengan anak aku balik. Masa tunggu ni cuaca tiba-tiba bertukar jadi mendung. Tak lama lepas tu awan jadi hitam pekat dan kilat mulai menyambar.

Akhirnya dalam jam 6.05 petang, hujan turun dengan lebat. Alhamdulillah. Hujan lebat terakhir ialah pada hari sebelum mula Puasa. Bila Puasa, 2 hari pertama panas terik. Petang hari ketiga baru hujan turun dengan lebat. Nyaman sikit masa nak berbuka. Bau gerimis hujan memang "soothing". Alhamdulillah - doa aku agar Puasa tahun ni sejuk sedikit dengan simbahan air hujan termakbul atas kuasa Illahi pada hari ketiga. Syukran!



2 comments :

Unknown said...

Bro, ko kat firm mana ek? selalu turun Kluang ker...kalo turun bolehlah aku bawa ko ngeteh kat Kluang Rail depan Kluang parade...

SelatanSelat said...

Saya kerja kat satu legal firm di M'ka. Tak famous. Tee Eng Tuan & Co. Buat banyak kes2 accident. Ada gak kdg2 ke Kluang buat kes. Kdg2 pg sana sbb nak ke Mersing jalan2. Menarik gak idea ngeteh ko tu. takde contact no. ke..hehe! Nama betul aku Fadzli. Ko? Keje/stay kat mana? Makaseh le sudi singgah blog huduh aku ni. Hehe!