Ya, kita lari sekejap dari hal-hal makanan atau tempat-tempat.
Saya bawa kamu kembali menikmati satu "masterpiece" halwa-telinga ciptaan M.Nasir dan dendangan Search.
Lagu yang diterbitkan pada pertengahan dekad 1980'an dalam album bertajuk "Di Pintu Sepi" ini sememangnya menenangkan dan "soothing" apabila didengar. Liriknya puitis, iramanya menangkap sukma dan melodinya indah.
Seringkali saya terfikir mengapa kini komposer-komposer seni lagu di Malaysia gagal untuk menerbitkan lagu yang mempunyai jiwa seperti ini.
Walaupu kurang popular berbanding lagu-lagu lain di dalam banyak album mereka, "Setelah Hujan" yang dipersembahkan oleh Search ini bagi saya adalah sebuah lagu yang sepatutnya diberi pengiktirafan sewajarnya.
Yang popular tidak semestinya bermutu! Yang jarang didengar tak bermakna kurang baik! Apa pun saya harap semua dapat menikmati dan meneliti lagu ini sebaiknya.
Have fun listening!
No comments :
Post a Comment