Nuffnang Ads

Monday, July 4, 2011









IKAN LAGA

Baru-baru ini tangan aku gatal cari imej-imej ikan laga, ikan yang menjadi hobi waktu kecil dulu. Aku selalu menyauk ikan ini bila sempat di parit-parit dan petak sawah. Tak kurang di paya-paya cetek sekitar tempat aku tinggal.

Ikan ini memang banyak warnanya, pelbagai corak dan sifat ridipnya. Melihatnya mengembangkan badan dan ridip apabila hendak berlaga memanglah mengasyikkan.

Waima melihatnya berenang lembut sekitar akuarium pun sudah cukup menghiburkan (tentunya ikan ini tak boleh dicampur dalam 1 akuarium, sebab nanti akan berlaga sampai salah seekor mati dengan kesan lubang di bawah insang).

Namun, kebanyakkan yang cantik dikatakan spesis Ikan Laga Siam. Ikan laga tempatan berwarna putih keperangan pula tak begitu cantik dan tak begitu menyengat bila berlaga.
Apa pun, harga seekor Ikan Laga Siam ini khabarnya kini agak mahal dan ia tak berbaloi dibela sebab mudah mati atas banyak sebab.

Hanya yang betul-betul minat dan komited dalam aspek penjagaannya sahaja mampu memelihara haiwan ini dengan baik dalam tempoh waktu yang lama dan kuantiti yang banyak.

Untuk diri aku sendiri, keinginan untuk memiliki seekor semakin menebal. Hanya menunggu masa sesuai untuk memilikinya. Setidaknya sekali lagi ....