Tahukah kamu bahawa sebenarnya di Johor juga terdapat jelapang padi seperti di Kedah? Tak tau? Haaa...meh sini aku bagitau! Walaupun kawasan jelapang padi mungkin tidak sebanyak dan seluas macam yang terdapat di negeri Kedah, tapi Johor tidak kalah dengan memiliki beberapa jelapang padi yang indah.
Antaranya di Sungai Buaya-Batu Pahat, Sawah Ring-Muar, Kahang-Keluang, Kesang Tasek-Ledang dan tak ketinggalan di Tenglu-Mersing, seperti dalam gambar di sini.
Kawasan sawah padi ini terletak di jalan ke arah Pantai Air Papan. Jika dari arah Pekan Mersing ini kita perlu menggunakan jalan pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia ke arah utara (Pekan/Nenasi/Kuantan) dan simpang ke Air Papan terletak di sebelah kanan jalan kira-kira 20-30 km melepasi Pekan Mersing.
Apa yang menariknya kawasan jelapang padi ini ialah ia terletak hampir dengan tepi pantai Air Papan dan belum lagi sarat dipenuhi dengan rumah-rumah batu design baru atau papan-papan iklan yang gedang-gedang!
Lagi menarik ialah tidak ada sebarang menara telekomunikasi atau menara pencawang TNB yang mampu menganggu lanskap sawah padi di sini.
Saya sendiri sudah menyaksikan keindahan jelapang padi yang diganggu oleh menara pencawang TNB seperti yang wujud di kawasan sawah padi di Serkam dan Padang Temu, Melaka - Potong stim betul!~
Saya cuma berharap yang kawasan ini akan kekal sebegini selama mungkin dan tidak diganggu dengan keperluan pembangunan yang tidak mendesak dan tidak perlu.
Anak-anak cucu kita perlu tahu dari mana asalnya beras iaitu bentuk mentah nasi makanan ruji kita. Mereka kena tahu apa itu sawah, petak, batas ban, kepuk padi, tali air, permatang, parit, ikan keli, puyu, haruan, tikus, ular, "orang-orang" dan macam-macam lagi berkenaan dan ada sangkut-paut dengan sawah-padi.
Untuk itu kita kena ada sawah padi yang original. Bukan sawah-padi buatan macam yang ada di Selangor tu.
9 comments :
Assalamualaikum,
Saya Azzahar dari Singapore.
Pada tanggal 30 Oktober 2010, saya akan naik ke Mersing, kawasan pantai air papan untuk mengambil gambar kahwin saya.
Saya benar-benar mau ke tempat sawah ini dan apakah saudara boleh bantu saya?
Dahulu saya pernah memancing di pantai air papan yg ada banyak chalet tuh. Yang saya ingat, sampai aja di kawasan pekan Mersing, saya pandu dan ikut kiri sahaja menuju ke arah pantai air papan dan hanya akan belok ke kanan apabila saya ternampak papan tanda menunjuk Pantai Air Papan.
Apakah saya harus pandu terus lagi sekurang-kurangnya 20-30km lagi dari Pekan Mersing untuk menuju ke destinasi ladang sawah ini? Apakah disana ada pemiliknya yang boleh saya berjumpa untuk mendapatkan kebenaran untuk mengambil foto kahwin kami?
Saya berharap saudara dapat bantu saya kerana saya benar-benar mau mengambil gambar kahwin kami sawah ladang yang cantik dimana ada teratak di kawsan sawah itu.
Terima kasih!
En Azzahar, arah dan hala jalan ke arah Pantai Air Papan yang awak sebutkan tu dah betul. Kampung ini terletak sebelum sampai ke kawasan Pantai Air Papan itu sendiri.
Tentang kebenaran pemiliknya saya tak dapat jawab sebab masa saya ambil gambar ini saya ambil dari tepi jalanraya sahaja tanpa masuk ke mana-mana kawasan petak sawah atau rumah petani.
Cuma saya percaya kalau awak minta kebenaran, pemilik sawah tak akan keberatan membenarkannya. Insya-allah.
Tahniah atas perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Semoga kekal ke akhir hayat. Insya-allah!
'Bukan sawah-padi buatan macam yang ada di Selangor tu.'
apa maksud awak dengan sawah padi buatan tu...?saya anak jati Selangor dan tinggal di kawasan sawah padi.....
ShiMa, maksudnya yg ada di Bukit Cherakah.
salam. Tahu tak apa cara untuk berhubung dgn pemilik sawah ni seperti contact number ke?
Kt bukit cherakah pun sawah padi juga. Dibuat sbg sbhgn kajian pertanian bkn utk pameran semata2.
Yang penting ada tanam padi ada beras bukan cara menanamnya di Jepun atas bumbung rumah depa tanam padi
Ni mesti tak pernah tengok sawah padi di Sekinchan & Sungai Besar ni
Post a Comment