~PERIUK KERA~
Pulut yang dienap dengan santan diperap sebelum dikukus di dalam daun Periuk Kera
Periuk Kera yang siap diisi dengan beras sedia untuk dikukus
Salam. Apa khabar semua? Kali ini aku mahu kongsi gambar sejenis makan tradisi di kampung aku iaitu Periuk Kera. Pernah dengar, lihat dan makan tak makanan ini?
Periuk kera ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh melata di belukar dan hutan-hutan. Memandangkan bilangan keluasan belukar tebal dan hutan-hutan kini makin berkurangan, maka bukan mudah untuk mendapatkan bekalan tumbuhan ini.
Setelah periuk kera ini dibersihkan, ia perlu dibasuh dan dituskan dulu hingga kering sebelum boleh diisi dengan beras pulut yang dienap dengan santan kelapa.
Beras pulut yang sudah dibersihkan akan dimasukkan hingga memenuhi 3 suku Periuk Kera ini dan selepas dituang dengan air santan kelapa, maka ia boleh dikukus hingga masak dalam tempoh 2 jam (waktu kukusan yang ideal).
Selepas masak Beras Pulut Periuk Kera ini boleh bertahan dalam 2 hari (maksima) dan bolehlah dimakan dengan dicicah rendang, kari, masak-lodeh, dan pelbagai jenis lagi masakan tradisi khususnya makanan tradisi lauk-pauk semasa hari raya.
5 comments :
Best juga ni.. Macam lemang la erk.. Tapi tak bakar kan?
Mmg best fairus. Lebih kurang mcm lemang jugak. Cuma rasanya ada manis2 buah sikit mungkin sebab perisa asal daun Periuk Kera tu sendiri. Nak masaknya tak boleh dibakar, cara memasaknya dengan mengukus.
Deli..aku pekena ni dulu kat Rompin
Tukang masak istana yang buat..memang mantop!!!
Ok kan Sen? Kira Periuk Kera ni banyak tempat gak masih ada dan buat....cicah dgn apa Sen masa ko mkn tu?
Menariknye! Kampung kau kat mana?
- Effa
Post a Comment