Nuffnang Ads

Saturday, May 25, 2013

Sawah Padi, Kg Kandang, Melaka














Inilah sawah padi di Kampung Kandang, Melaka. Terletak tidak jauh dari kawasan persimpangan lampu isyarat Kg Kandang-Alai-Semabok, Lebuh AMJ dan Masjid Baru Kg Kandang.

Sebenarnya ia lebih kepada tapak semaian benih padi, bermakna tiada tuaian hasil padi dilakukan di sini dan aktivitinya lebih kepada membekalkan benih untuk tapak sawah lain.

Saya kira ini adalah di antara kawasan sawah yang terdekat dengan pusat bandar Bandar Melaka selain sedikit yang masih ada di Padang Temu, Bachang, Malim dan Batu Berendam.

Sering-kali bila keletihan atau mata mahu direhatkan saya singgah melepaskan pandangan di sini untuk mencari kesegaran dan merangsang diri untuk kembali bertenaga menjalankan kerja dan rutin harian.


Namun, kegiatan menambak tanah tapak rumah sedang giat berlangsung di sini khususnya di kawasan yang dekat dengan Lebuhraya AMJ. Secara matematiknya, kawasan sebegini semakin susut di Melaka dan sayang sekali jika kita kehilangannya.

Friday, May 24, 2013

Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

Jambatan Utama Siar Kaki
Masa cuti sekolah sebelum terbubarnya Parlimen untuk beri laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ni aku sekeluarga ke Kuala Terengganu. Sempat le stay dalam 4 hari 3 malam kat sana.

Lampu Hiasan Ala I-City
 Salah satu tempat yang aku singgah ialah Pulau Warisan. Pulau Warisan ni terletak di tebing selatan Sungai Kuala Terengganu, di belakang Kampong Cina. Tak jauh dari Pantai batu Buruk dan Pasar Payang.


Salah-satu jambatan laluan masuk untuk kenderaan
 Aku perhatikan yang kawasan ni macam kawasan tambak. Serupa macam Taman Melaka Raya di Melaka. Ramai jugak orang datang. Ada yang main kereta control, layang-layang, basikal & etc
Sungai yang memisahkan Pulau Warisan dan Kampong Cina
 Antara kawasan Pulau Warisan dan Kg Cina ia dipisahkan oleh sebatang Sungai. Mungkin buatan atau mungkin tebingnya telah dipasang konkrit. Dihias dengan aksesori jalan macam lampu, pokok hiasan lanskap dan pagar berukir yang menarik.
 Ada juga tangga menuruni dari tebing sungai ke permukaan airnya. akan datang mungkin akan dibuat khidmat perahu macam GONDOLA di Venice atau setidaknya boleh jadi macam Sg Chao Phraya di Bangkok.
Kaing! Kaing! Kaing!

Untuk lebih menghidupkan susana, ada juga orang berniaga kain dan baju di tepi jambatan siar kaki yang merentasi sungai tersebut. Suasana malamnya makin hidup dan meriah. Ramai juga yang datang serbu.
 Kira bijak jugak lah diorang wujudkan kawasan Pulau Warisan ni. Dapat cipta satu tumpuan pelancing yang baru dalam kawasan Kuala Terengganu.
Orang Puang Hok Beli Kaing! Orang Jatang Perati Saje!
 Harapan aku di masa depan mungkin kemudahan asas macam tandas awam, surau dan medan selera dapat dibina untuk memenuhi keperluan pelawat. Lampu hiasan ala I-City nya memang le menarik dan mengasyikkan.






The New Me?
2 Tahun

Alhamdulillah.

Sekian lama menyepi. Tiada up-date. Bukan tak mahu, tapi tak sempat. Terlalu banyak peristiwa berlaku. Dari seorang anak dah 3 orang. Pindah rumah, buka bisnes sendiri lepas beberapa tahun jadi pekerja orang lain, mak mertua jatuh sakit, adik beradik kahwin etc etc etc.

Apa pun, I'm back! Dengan niat nak hidupkan balik blog ni dengan bahan baru. Banyak nak dikongsi. Banyak gambar nak dimuat-naik.

Sama-sama le kita bergerak semula ya!