Nuffnang Ads

Friday, July 30, 2010

Jelapang Padi Johor (Siri 2)

-Jelapang Padi Kahang-

Hari itu kita sudah tengok foto jelapang padi di Mukim Tenglu, Jalan Pantai Air Papan, Mersing, Johor. Kali ini aku akan share foto-foto jelapang padi yang terdapat di Kahang, Jalan Mersing-Kluang pula.

Sedikit kecil keluasannya dari yang ada di Tenglu, tapi tak kurang menarik panoramanya. Kalau kita menggunakan Jalan Mersing - Kluang, kawasan padinya akan terdapat di sebelah kanan dan kiri jalan.

Jika kita dari Kluang dan bergerak ke arah Mersing, jika dilihat ke arah sawah padi di sebelah kanan, jika cuaca baik dan mata kita tak "kero"...kita boleh lihat di kejauhan tampak berbalam Gunung Belumut, sebuah kawasan gunung ditengah-tengah Negeri Johor yang dikatakan terdapat harimau-harimau sebesar kerbau oleh sekumpulan pengembara hutan dari Singapura yang tersesat berhari-hari di dalamnya sekitar dekad 1990'an dulu.

Apa yang pasti kita tidak akan menjangka akan wujud sebuah jelapang padi di sini kerana kebanyakkan tanah-tanah kebun yang diusahakan di kawasan ini adalah tanaman kelapa sawit.

Kelihatan Banjaran Gunung Belumut jauh di belakang sawah.

Yang titik-titik putih tu adalah burung bangau.
Kan dah kata yang putih-putih tu bangau...

No comments :