Nuffnang Ads

Tuesday, July 5, 2011

Kayn's Resort - Telok Kemang, NS.











Kayn's Resort - Telok Kemang, N.S.

Baru-baru ini aku terasa benar mahu lari sekejap dari kesibukan kerja dan berehat melepas lelah. Jadual yang padat menghalang aku bergerak jauh. Jadi, jalan mudah ialah ke Telok Kemang untuk "retreat".

Kayn's Resort jadi pilihan. Tempatnya yang tenang dan dikelilingi pohonan hijau serta BERSIH benar-benar menenangkan. Ditambah pula "timing" yang tidak bertembung dengan cuti sekolah yang baru berlalu, maka kerihatan yang lebih dapat dinikmati sepuasnya.

Di sini aku kongsikan sisipan gambar yang diambil di situ tempohari untuk tatapan bersama (macam lirik lagu pulak)

Monday, July 4, 2011









IKAN LAGA

Baru-baru ini tangan aku gatal cari imej-imej ikan laga, ikan yang menjadi hobi waktu kecil dulu. Aku selalu menyauk ikan ini bila sempat di parit-parit dan petak sawah. Tak kurang di paya-paya cetek sekitar tempat aku tinggal.

Ikan ini memang banyak warnanya, pelbagai corak dan sifat ridipnya. Melihatnya mengembangkan badan dan ridip apabila hendak berlaga memanglah mengasyikkan.

Waima melihatnya berenang lembut sekitar akuarium pun sudah cukup menghiburkan (tentunya ikan ini tak boleh dicampur dalam 1 akuarium, sebab nanti akan berlaga sampai salah seekor mati dengan kesan lubang di bawah insang).

Namun, kebanyakkan yang cantik dikatakan spesis Ikan Laga Siam. Ikan laga tempatan berwarna putih keperangan pula tak begitu cantik dan tak begitu menyengat bila berlaga.
Apa pun, harga seekor Ikan Laga Siam ini khabarnya kini agak mahal dan ia tak berbaloi dibela sebab mudah mati atas banyak sebab.

Hanya yang betul-betul minat dan komited dalam aspek penjagaannya sahaja mampu memelihara haiwan ini dengan baik dalam tempoh waktu yang lama dan kuantiti yang banyak.

Untuk diri aku sendiri, keinginan untuk memiliki seekor semakin menebal. Hanya menunggu masa sesuai untuk memilikinya. Setidaknya sekali lagi ....