Terletak di Bekok iaitu suatu tempat yang terletak di antara Yong Peng dan Segamat, Johor.
Jika dari Yong Peng kita perlu mengikut jalan biasa (bukan Lebuhraya PLUS) dan pandu ke arah utara (Segamat) dan simpang masuk ke kawasan air terjun ini adalah di sebelah kanan selepas beberapa kilometer melepasi Pekan Chaah (ada papan tanda "Air terjun Sg Bantang")
Jarak perjalanan dari simpang masuk ke kawasan air terjun lebih kurang 10 km sahaja.
Kalau kita dari utara (Segamat/Labis), simpang ini terletak di sebelah kiri kira-kira 40km dari Segamat / 15 km dari Labis.
Suasananya nyaman, airnya dingin dan tidak tercemar seperti beberapa kawasan air terjun lain di Negeri Johor. Punca airnya dari Banjaran Gunung Besar yang bercantum dengan Kawasan Taman Negara Endau Rompin di utara Kluang dan Mersing. Kalau ada kelapangan pergilah rasa kedinginan air terjun di sini!
No comments :
Post a Comment