Nuffnang Ads

Saturday, August 21, 2010

Gunung Lambak

Kluang, daerah tengah Negeri Johor yang ekonominya berkisar banyak pada aktiviti pertanian, pembalakan, perniagaan dan perkhidmatan bukanlah seperti daerah lain di dalam negeri itu.

Selain dari Bandar Batu Pahat (dulunya dikenali sebagai Bandar Penggaram) yang terletak di kaki sebuah bukit iaitu Bukit Soga, Kluang ialah satu-satunya daerah di mana bandarnya terletak di kaki sebuah gunung iaitu Gunung Lambak.

Merupakan kawasan hutan simpan kekal yang diwartakan, Gunung Lambak adalah mercu tanda semulajadi Bandar Kluang yang sangat indah dan tidak hairanlah banyak petempatan wujud di kaki gunung itu kerana suasananya yang nyaman mampu menggamit mata sesiapa saja yang melihatnya.

Semasa bersekolah di sana pada pertengahan 1990'an dan melakukan kajian tempatan untuk subjek Geografi, saya dimaklumkan dalam satu temubual dengan Penolong Pegawai Daerah Kluang pada masa itu bahawa masih terdapat beberapa keluarga Orang Asli yang tinggal di dalamnya dan meneruskan kehidupan dengan bergantung kepada hasil hutan.

Selain itu berhampiran dengan sebuah kampung di kakinya terdapat resort yang diwujudkan untuk menampung kehadiran pelawat yang mahu merasai suasana bermalam di dalam hutan gunung iaitu Gunung Lambak Resort.

Walaupun sudah 3 kali bermalam di situ, saya cenderung untuk tidak menggunakan kemudahan aircond yang disediakan pihak Resort di situ kerana suhu dingin semulajadi hutan itu sahaja sudah mampu untuk membuatkan kita mengerekot berselimut di atas katil dan menggigil. Apatah lagi jika hujan turun di lewat malam, alamatnya seakan beku urat saraf dan otot.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa bermalam di sana.


Gambar Gunung Lambak dari kampung berhampiran

Pokok-pokok besar yang memayungi tebing tinggi di antara pejabat resort dengan Bilik dan Chalet 


Jalan naik ke atas puncak resort.

Kelihatan orang awam yang lalu lalang berjogging di sekitar resort di waktu sore.

Jalan turun keluar dari resort di tepi Chalet yang saya diami.


6 comments :

Unknown said...

saya dah tinggal kat Kg Abdul Rahman Yassin dlm 3 tahun dan mmg berdekatan betul dgn kaki gunung lambak...mmg sejuk lebih2 lg sekrg ni hujan setiap malam...

selatanselat said...

memang. kdg2 saya rasa gian sebenarnya nak rasa lagi kesejukan dia tu. Tu yg kdg2 kalau ada masa, saya ke Kluang saja check in tido kat G.Lambak Resort sbb nak rasa dia punya sejuk tu. Betul cakap u, kalau hujan, sejuk dia lebih lagi.

Unknown said...

awak sek kat ner dulu...la ni practice kat ner?

SelatanSelat said...

Nuar, skarang aku kat M'ka dgn Tee Eng Tuan & Co. Dulu ms aku kat JB kita selalu selisih kat Court la..kakakaka~

Unknown said...

sape ni ek...selisih aje kan..bukan bergaduh kat Court kan?

SelatanSelat said...

Memang le Nuar. Kita selisih2 je dekat Court JB tu. Ada 3-4 kali kita lepak dgn budak2 lain minum depan Jotic. Ms tu tempat mkn Jotic tu kat bawah. Skarang kat atas. Dulu aku dekat Lawrence Pereira JB.