Nuffnang Ads

Monday, July 19, 2010

Telok Kemang

Telok Kemang, Negeri Sembilan.

Ini pemandangan di Telok Kemang semasa Tahun Baru Cina yang lepas. Ramai betul orang. Macam semut. Dari Pekan Port Dickson, Pantai Telok Kemang ini menghala ke Selatan (Melaka) di sebelah kanan jalan.

Kalau dari Selatan (Melaka - guna jalan lama) kena lepaskan Politeknik Port Dickson di sebelah kanan selepas kawasan Tanjung Tuan, barulah jumpa Pantai Telok Kemang di sebelah kiri kita.

Kalau tanya Lebai Google Maps lagi mudah dapat arah ke sana.

Banyak kemudahan yang tersedia.  Paling menarik ialah kawasan datarannya yang banyak dengan pepohon rhu yang meredupkan kawasan dan dikelilingi medan makan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman pada harga yang munasabah!

Kemudahan sukan air pun banyak. Jet Ski, pelampung dan macam-macam lagi ada.

1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Tidak hairanlah kalau saban hujung minggu ramai betul pelawat yang datang ke sini untuk berehat khasnya mereka yang memiliki kenderaan dengan nombor pendfataran "WXX" atau "BXX".

2 comments :

Mohd Ferdaus Sari said...

kalau kat teluk kemang ni aku penah pergi... kalau bukan time cuti sekolah... nak cari kedai makan fuh manjang tutup!!!

SelatanSelat said...

Standard tu bro! Bisnes kurang kencang kalau bukan weekend atau cuti sekolah. Tapi tak elok sebenarnya untuk kesan jangka-panjang industri pelancongan. Hehe!