Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus Spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.
Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk Sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg.
Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk (sarang) semut (rangrang) yang berwarna hijau terang.
Satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau mengunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam.
Ikan baung biasanya dielakkan sekiranya berlaku kecelakaan di sungai kerana pernah dijumpai jari manusia di dalam perut ikan baung.
Juga menjadi pengetahuan umum bahawa ikan baung yang bersaiz besar memang lazim membaham anak monyet yang bergayutan di dahanan pokok yang dekat dengan permukaan sungai-sungai besar di kawasan pedalaman.
Tapi rasa ikan baung ini tidak ada bandingnya apalagi kalau dibakar atau dimasak dengan kuah Asam Rebus.
Di bawah ini adalah gambar lauk Ikan Baung Masak Asam Rebus yang disediakan oleh ibu saya tempohari semasa pulang bercuti singkat di Johor.
Rasa dagingnya yang lembut, lemak, segar dan manis pasti memikat selera. Kalau mahu lebih lazat, makan dengan kuah asam rebus yang panas-panas disertai nasi putih yang hangat. Mak mentua lalu pun kita takkan perasan!
No comments :
Post a Comment