Nuffnang Ads

Sunday, October 17, 2010

Asam Rebus Otak Lembu

Hello....Lama aku tak upload apa-apa posting. Sorry, kerja melambak. Material pun sangkut dekat dalam banyak gadget - handphone lah, kamera digital lah, memory card lah, pen drive lah.....mana lah sempat nak cari dalam masa singkat lepas-lepas bulan raya ni.

Anyway, ini ada satu gambar menu yang pada aku cukup unik, eksotik, fantastik yang aku nak share. Lauk Otak Lembu Masak Asam Rebus.

Masakan ni famous di kalangan orang Melayu di kawasan utara Johor. Rasa otak lembu ni memang lazat! Teksturnya lembut sangatala-ala  macam agar-agar. Tapi rasa dia lemak! Makan dengan nasi panas-panas memang terangkat!!!

Kuah dia masam-masam pedas sikit, tapi tak lah pekat sangat macam kuah asam pedas. Kuah dia ada dicampur daun kunyit untuk mendatangkan aroma yang semerbak.

Berebut aku adik beradik nak makan makanan ni. Memang siapa tak balik makan tengahari masa raya kedua hari tu rugi! Aku ingat kalau balik kampung bila-bila nanti nak request mak aku masakan special sekali lagi! Layann dengan sambal goreng pun ok ni!


Otak Lembu yang sudah dimasak dengan kuah Asam rebus


Daun Kunyit penambah rasa kelihatan di dalam hidangan



Secubit otak lembu yang bakal terkorban!


Sunday, October 10, 2010

Search : Setelah Hujan (HQ Audio)



Ya, kita lari sekejap dari hal-hal makanan atau tempat-tempat.

Saya bawa kamu kembali menikmati satu "masterpiece" halwa-telinga ciptaan M.Nasir dan dendangan Search.

Lagu yang diterbitkan pada pertengahan dekad 1980'an dalam album bertajuk "Di Pintu Sepi" ini sememangnya menenangkan dan "soothing" apabila didengar. Liriknya puitis, iramanya menangkap sukma dan melodinya indah.

Seringkali saya terfikir mengapa kini komposer-komposer seni lagu di Malaysia gagal untuk menerbitkan lagu yang mempunyai jiwa seperti ini.

Walaupu kurang popular berbanding lagu-lagu lain di dalam banyak album mereka, "Setelah Hujan" yang dipersembahkan oleh Search ini bagi saya adalah sebuah lagu yang sepatutnya diberi pengiktirafan sewajarnya.

Yang popular tidak semestinya bermutu! Yang jarang didengar tak bermakna kurang baik! Apa pun saya harap semua dapat menikmati dan meneliti lagu ini sebaiknya.

Have fun listening!

Saturday, October 9, 2010

Sarapan Pagi Di Chukai, Terengganu~


Masa aku buat posting  ni, aku bukanlah di Terengganu. Aku ada di kampung. Tengah mereka-reka apa nak dihadap untuk bersarapan?

Nasi lemak? Roti canai? Kuih-muih? Lontong? Roti jala? Hmmmm, boring.

Quacker oat? Nestum? Buah? Hmmmmm...menyihatkan tapi tak berapa nak "beghahi" bak kata Orang Kelantan.

Tiba2 teringat masa lepak Terengganu dulu, sekali tu pagi tu aku pergi sarapan kat satu kedai makan di Chukai. Nasi putih berlauk tuuuuu. Fuh! Mantap!

Macam-macam lauk ada. Org pun ramai. Nama kedai lupa, tempat dia medan makan depan masjid jamik Chukai. Mcm2 lauk ada beb! Lauk darat ada, lauk seafood pun ada!

Aku x ambik banyak, Ikan Serkut masak lemak, Sotong Sambal dengan Daging Kicap. Letak Sayur Taugeh Masak Lemak Putih. Puhhhhh - berdesup haba panas masuk dalam usus! Memang nikmat. Rasa macam malas nak balik dr cuti masa tu. Mcm nak duk sana je selama-lama. Eksotik la Terengganu! Aku suka! Itu baru bab sarapang jek tuh! Belung masuk bak2 hok laing!

Anyway, back to reality, aku belum sarapan. Nak ke dapur tengok apa ada. Jom! Mengahadap sarapan rutin! Hehe!

Monday, October 4, 2010

~PERIUK KERA~

Pulut yang dienap dengan santan diperap sebelum dikukus di dalam daun Periuk Kera



Periuk Kera yang siap diisi dengan beras sedia untuk dikukus

Salam. Apa khabar semua? Kali ini aku mahu kongsi gambar sejenis makan tradisi di kampung aku iaitu Periuk Kera. Pernah dengar, lihat dan makan tak makanan ini?

Periuk kera ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh melata di belukar dan hutan-hutan. Memandangkan bilangan keluasan belukar tebal dan hutan-hutan kini makin berkurangan, maka bukan mudah untuk mendapatkan bekalan tumbuhan ini.

Setelah periuk kera ini dibersihkan, ia perlu dibasuh dan dituskan dulu hingga kering sebelum boleh diisi dengan beras pulut yang dienap dengan santan kelapa.

Beras pulut yang sudah dibersihkan akan dimasukkan hingga memenuhi 3 suku Periuk Kera ini dan selepas dituang dengan air santan kelapa, maka ia boleh dikukus hingga masak dalam tempoh 2 jam (waktu kukusan yang ideal).

Selepas masak Beras Pulut Periuk Kera ini boleh bertahan dalam 2 hari (maksima) dan bolehlah dimakan dengan dicicah rendang, kari, masak-lodeh, dan pelbagai jenis lagi masakan tradisi khususnya makanan tradisi lauk-pauk semasa hari raya.