Nuffnang Ads

Saturday, April 2, 2011

Komik Kreatif Sejarah & Cerita Rakyat Melayu Malaysia

Masih ingat lagi tak dengan nama Creative Enterprise? Inilah syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan majalah kartun Gila-Gila sekitar 1980'an di Kuala Lumpur, Malaysia.

Majalah yang diterbitkan 2 bulan sekali ini jauh meninggalkan pesaingnya seperti Batu Api dan Humor dari aspek populariti dan bilangan edaran bulanan.

Selain itu ia juga menerbitkan majalah seperti Fantasi dan beberapa koleksi kartun tersohor seperti Aku Budak Minang (Kartunis Ujang), Tiga Dara Pinggitan (Kartunis Cabai), Felda (Kartunis Aza), Skot (Kartunis Rejabhad) dan From Taiping With Love (Kartunis Rashid Asmawi).

Namun apa yang lebih menarik ialah ia juga menerbitkan komik-komik yang diasaskan kepada Sejarah dan Cerita Rakyat Melayu.

Komik-komik ini mengangkat cerita-cerita yang terkandung dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dan cerita-cerita lisan Melayu antaranya seperti:-

- Badang
- Tun Teja
- Dang Anum
- Tun Perak
- Puteri Lindungan Bulan
- Raja Bersiung
- Bawang Putih Bawang Merah
- Si Bongkok Tanjung Puteri
- Hang Nadim
- Merong Mahawangsa
- Puteri Gunung Ledang
- Laksamana Bentan
- Batu Belah Batu Bertangkup

Tidak kurang menarik ialah ilustrasi kulit komik ini yang dilakar dengan begitu hidup dan mengambil raut wajah bintang-bintang filem Melayu lama (zaman filem Melayu di Studio Jalan Ampas dan pasca kemerdekaan Malaysia).

Dilampirkan di sini gambar kulit beberapa komik tersebut yang ada dalam koleksi simpanan saya untuk tatapan bersama.















No comments :