Nuffnang Ads

Wednesday, August 18, 2010

Kluang Rail Coffee


Kluang Rail Coffee, nama yang tidak asing lagi untuk penduduk sekitar daerah Kluang, Batu Pahat dan Simpang Renggam, Johor.

Kedai kopi yang terletak di Stesen Keretapi KTM, Bandar Kluang ini memang menarik! Menu-menunya yang simple macam roti bakar (pelbagai jenis inti), telur separuh masak, nasi lemak bungkus ditambah pula dengan aroma kopinya yang memang ummphhh!!! membuatkan tempat ini seringkali sesak dengan pengunjung terutamanya di hari hujung minggu.

Ini ialah beberapa foto yang sempat aku "snap" masa pergi "mengeteh" kat situ masa ke Kluang.


                                                                                   Stesen Keretapi KTMB  Bandar Kluang, Johor.


    Telur separuh masak salah satu menu menarik.

                                                                                  Papan tanda waktu perniagaan

Cashier - dibelakangnya ialah tempat membuat roti bakar dan storage untuk serbuk kopi.


                                                                                   Pengunjung memang ramai kalau hari minggu.


    Tempat buat air minuman.

Kalau hari lepas hujan lagi best pergi sini, sebab kita boleh nikmati kopi panas & roti bakar sambil dibuai angin sejuk Kluang dan melihat Gunung Lambak yang melatari Bandar Kluang itu sendiri.

Lebih menarik lagi memandangkan kedudukan Stesen Keretapi Kluang yang terletak di atas kawasan bukit, kita juga dapat melihat pemandangan kesibukan sebahagian Bandar Kluang kalau kita duduk makan/minum di premis Kluang Rail Coffee ini.

Bagi mereka yang mahu melihat tinggalan seni-bina kayu Inggeris pula, aku kira Stesen Keretapi Kluang itu sendiri merupakan artifak gergasi yang boleh diamati dan diteliti!

Oh ya, satu lagi, menurut kata seorang kawan aku yang memang merupakan penduduk asal Bandar Kluang, Kluang Rail Coffee ini tak ada buat apa-apa francais.

Jadi premis kedai kopi yang seakan-akan seperti nama dia yang ada di Tesco, Melaka atau Mid-Valley Megamall, Kuala Lumpur (kedai kopi Kluang Station) dikhabarkan sebagai bukanlah kedai kopi yang sama dengan Kluang Rail Coffee walaupun menu yang disajikan seakan-akan sama.  Harap maklum.

Jom kita minum kopi!!!

2 comments :

Unknown said...

mmg betul Kluang rail coffee x de francaiskan kedai ni, yg ada kat Kluang spt dihadapan Kluang Parade dan di Taman Tasik adalah branch, juga di Kotaraya JB, adalah branch bukan francais...

SelatanSelat said...

itu la, ada kawan2 saya yg masih di Kluang cakap mcm tu. Cuma yg di JB tu saya mmg tak tau. Makaseh sbb bgtau. nanti outstation atau jalan2 ke sana bole pegi tu.