Suasana persekitarannya nyaman dan selesa. Kedai makan ini sebenarnya sebuah rumah tradisional Limas Melayu Johor yang diubah-suai menjadi sebuah restoran.
Di sini, kita boleh pilih untuk menikmati makanan di laman rumah. Boleh juga makan di dalam rumah.
Hiasan dalamannya yangg antik dan menarik akan buat kita terleka dan terkenang semula saat-saat kita semasa membesar.
Menu makanan dan minumannya pelbagai tapi kepakarannya memang masakan ala-ala Cina-Muslim dan harganya ok.
Bagi aku, ini lokasi WAJIB PERGI kalau kita sampai ke Mersing.
Papan tanda di depan kedai
Laman hadapan kedai
Pintu utama ke ruang atas kedai
Hiasan dalaman yang antik
Built-in cabinet di suatu sudut ruang makan rumah atas
Serupa dengan yang terdapat di atas, cuma di ruang makan yang berbeza
No comments :
Post a Comment