Nuffnang Ads

Monday, September 27, 2010

Kembali


Akhirnya, dapat jugak aku naikkan satu posting! Punyalah lama aku tak endahkan blog ni. Maklum saja, mulai dari 8hb September aku dah mula cuti raya sampai lah ke 19hb Sept. Lepas tu sibuk sambung beraya sikit-sikit dan memenuhi undangan beraya dan ke rumah terbuka.

Macamana raya korang? Ok? Alhamdulillah semuanya baik bagi aku. Dari segi persediaan, merayakan sampailah ke aspek penjagaan kesihatan, makanan dan pemanduan. Bukan apa, di waktu sibuk cuti raya ni, banyak perkara boleh berlaku. Walhal jangka masanya singkat saja.Tapi hujung-hujung cuti tu hinggap jugak demam panas sekejap dalam 2 hari - Pewai aku dibuatnya!

Mulai 20hb September pulak kerja menimbun dah tunggu. Kerja tetap kerja, tak kira raya kita meriah ke tidak ke, ala kadar ke atau grand gila ke. Itu dah jadi mata pencarian. Kalau tidak soru miss.Cuma bila dah lama cuti, rasa malas dan berkarat sikit bila nak mula kerja semula.

Apa resolusi lepas Puasa dan Raya tahun ini? Menguatkan usaha, tingkatkan prestasi kerja, kurangkan liabiliti kewangan dan memperuntukkan Quality Time untuk keluarga. Kurangkan makan dan banyakkan exercise. Insya-allah.

Apa pun, Syawal masih berbaki seminggu lebih. Kalau ada rumah saudara mara yang belum diziarahi, masih ada masa utk berbuat demikian. Seperti biasa, berhati-hati memandu ok!

Selamat Meneruskan Kemeriahan Syawal!

Monday, September 6, 2010

Kari Ayam Hutan - Juadah Unik Berbuka Puasa Ramadhan 2010

Kari Ayam Hutan


Haaa...Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya. Dalam kita menahan lapar dahaga di waktu siang, mesti ramai antara kita yang mencari juadah-juadah istimewa untuk berbuka puasa. Tak kira samada yang dimasak sendiri atau dibeli, kita semua memang suka mencari kelainan setiap hari dalam menjamah hidangan berbuka.

Ada sekali tu aku dapat makan kuih Balak-Balak. Rupa macam cekodok tapi tepung dia lembut dan isinya ada udang geragau fresh, lobak, bawang dengan daun bawang. Memang mantap rasa dia. Dicicah dengan kuah sambal lada nipis perah asam keping, fuhhhhh - Syiokkk!

Tapi, dalam posting kali ni aku nak share gambar kari ayam hutan yang mak aku masak masa aku dan adik-beradik balik berpuasa di kampung pada hujung minggu pertama Ramadhan kali ni.

Pakcik aku beri 2 ekor ayam hutan yang berjaya diburu dan disembelih untuk dimasak. Lama dah aku tak rasa daging ayam hutan. Sebelum puasa kali ni aku dapat rasa daging landak salai. Pun masak kari juga. Bila dapat daging ayam hutan ni, mak aku kata masak kari jugaklah! Memang sedap!

Ini daging ayam hutan yang hidup di kawasan sempadan ladang kelapa sawit dengan hutan dara tau! Bukan senang nak dapat! Rasa dia memang berbeza dari ayam biasa. Tekstur daging dia pejal tapi mudah disiat. Tulangnya nipis-nipis dan kecil tapi keras.

Mak aku pulak letak daun kesum lagi dalam kari ni. apa lagi...naik la bau dia kan? Bau kari le maksud aku. Memang tak boleh lupalah rasa dia.

Raya ni aku harap dapat rasa lagi kari ayam hutan ni. Harap-harap pakcik aku dapat bawak balik sikit kalau keluar berburu di hujung Ramadhan ni. Insya-allah, kalau rezeki tak ke mana.

Iklan Raya Petronas 1998



Rasanya ramai dah tengok iklan ini. Salah satu iklan Petronas untuk Hari Raya. Digarap oleh Arwah Yasmin Ahmad.

Pada aku, iklan raya dia memang ramai yang tunggu setiap tahun. Bila dia dah tak ada ni, aku rasa tak berapa nak layan sangat iklan raya lain.

Iklan yang satu ini ringkas, padat. Tapi mesej dia memang menyentuh jiwa~

Bagus untuk ditonton oleh anak-anak di perantauan yang sengaja malas nak balik raya walaupun mampu dari pelbagai segi untuk berbuat demikian!

Pantai Mersing

Atas nama "kerja", tadi aku ke Kluang, Johor. Puasa tak tinggal berapa hari je lagi, tapi aku kena handle satu kes di Mahkamah Majistret Kluang.

Hari pulak memang hujan sejak lepas sahur. Sejukkkkk je cuaca. Haus tu tidak le tapi lapar sket la. Sempat jumpa lagi bro "mytrajet74" di Court Kluang. Hehehe~

Bila dah tiba Kluang, tak sah kalau tak nampak Gunung Lambak. Tak sah jugak kalau tak nampak papan tanda "Mersing".

Bila nak pergi Mersing eh? Mersing mungkin tak se"hip" Cherating atau Kuala Terengganu, tapi bagi warga Johor yang mahu kelainan lanskap, Mersing, bagi aku menawarkan suasana Pantai Timur yang mendamaikan.

Hampir-hampir menyerupai cara hidup di Kuala Terengganu suasana di sana. Nasib baik ada bendera Merah-Putih-Biru Johor berkibar di pejabat-pejabat Kerajaan. Kalau tidak tobat aku ingat aku dekat Seberang Takir.

Jom, tengok gambar-gambar yang aku rakam di sana masa aku ke sana dulu. Kita tengok keunikan dan keaslian Pantai Tenglu...Jom!

Menghadap Laut China Selatan dan ke arah Selatan (Kota Tinggi)


Menghadap Ke Utara (Ke Arah Pantai Air Papan)


Juga menghala ke Air Papan


Bebunga Serombong Pagi


Pepohon Rhu Yang Meneduhkan

Di hadapan Pantai Tenglu ada berbelas pulau-pulau kecil. Yang satu ini bentuknya macam ibu mengandung berbaring.