Nuffnang Ads
Saturday, July 31, 2010
Volkswagen's Convoy @ Muadzam Shah
Labels:
Vehicles
Friday, July 30, 2010
Jelapang Padi Johor (Siri 2)
-Jelapang Padi Kahang-
Hari itu kita sudah tengok foto jelapang padi di Mukim Tenglu, Jalan Pantai Air Papan, Mersing, Johor. Kali ini aku akan share foto-foto jelapang padi yang terdapat di Kahang, Jalan Mersing-Kluang pula.
Sedikit kecil keluasannya dari yang ada di Tenglu, tapi tak kurang menarik panoramanya. Kalau kita menggunakan Jalan Mersing - Kluang, kawasan padinya akan terdapat di sebelah kanan dan kiri jalan.
Jika kita dari Kluang dan bergerak ke arah Mersing, jika dilihat ke arah sawah padi di sebelah kanan, jika cuaca baik dan mata kita tak "kero"...kita boleh lihat di kejauhan tampak berbalam Gunung Belumut, sebuah kawasan gunung ditengah-tengah Negeri Johor yang dikatakan terdapat harimau-harimau sebesar kerbau oleh sekumpulan pengembara hutan dari Singapura yang tersesat berhari-hari di dalamnya sekitar dekad 1990'an dulu.
Apa yang pasti kita tidak akan menjangka akan wujud sebuah jelapang padi di sini kerana kebanyakkan tanah-tanah kebun yang diusahakan di kawasan ini adalah tanaman kelapa sawit.
Kelihatan Banjaran Gunung Belumut jauh di belakang sawah.
Yang titik-titik putih tu adalah burung bangau.
Kan dah kata yang putih-putih tu bangau...
Labels:
Places
Thursday, July 29, 2010
Litar Lumba Pasir Gudang, Johor
Masih ingat nama-nama seperti Eddie Lawson, Kenny Robert, Wayne Rainey & Team Yamaha-Lucky Strike atau Honda-Rothmans???
Sapa2 yg kemaruk dengan MotoGP masa kecik2 dulu mesti ingat lagi. Zaman tahun 80'an banyak race MotoGP buat kat Litar Lumba Pasir Gudang, Johor.
Tapi lepas Litar Sepang wujud, Litar Pasir Gudang dipandang sepi. Namun, demi menghidupkan Litar Pasir Gudang dan menaik-tarafkan status Mat Rempit di M'sia ini kepada menjadi pelumba motoGP yg berkaliber, Petronas pernah anjurkan perlumbaan MotoGP di Litar Pasir Gudang dan aku ada pergi sekali.
Itu pun sebab abang ipar aku kerja dengan Petronas Motorsports, dapat le aku sefamily merasa back-stage passes. Apa lagi, lepas gian le aku masuk situ.
Masa kecik2 mana ada can. Bawah ni aku share foto2 yg aku snap kat sana.
Grand Stage
Parking bay
The Bikes
Team Petronas Sprinta - Thailand's
Team Kawasaki's Bay
Team Lazy's Bay
Back Stage
The Track
Team Apakenamantah's Bay
The Track II
Petronas Sprinta Thailand Team
Supra
Gadis Litar 1
Gadis Litar 2
Gadis-Gadis Litar 3 dan 4
Gadis Litar Ketawanya Terburai
Labels:
Places
Jambatan Sultan Ismail, Muar, Johor
Inilah jambatan lama Muar, Jambatan Sultan Ismail. Lama dah dibina dalam tahun 60'an atau 70'an kalau tak silap. Aku snap gambar ni dari tepi tebing Sg Muar dekat sebelah Pejabat Tanah, dekat parking lot sebelah Hotel Muar Traders.
Macam-macam cerita pasal jambatan ni. Ada kupang besar meja guru la kononnya bawah dia, ada ular sawa besar naga la bawah dia. Ada sekali kecoh sampai orang TV3 datang buat cover news, tapi habuk pun tarak. Satu bandar Muar tu jammed masa tu sebab kononnya TV3 dapat snap gambar ular resaksa bawah jambatan dekat dengan Pasar Awam Muar.
Tapi setiap kali lalu-lalang atas jambatan ni bagi aku ada satu cerita aje yang betul...kita boleh nampak keindahan Kuala Sungai Muar dan Bandar Muar sepintas lalu dari atas dia.
Kalau malam-malam minggu, ramai pemancing bersidai atas kiri dan kanan jambatan ni memancing. Kadang-kadang, bila air pasang, kita boleh nampak air laut yang hijau masuk ke dalam kuala sungai sampai ke arah Sabak Awor (ke arah hulu Sg Muar).
Sekarang ada jambatan baru selain jambatan ni dekat Muar. Jambatan baru tu design dia ala-ala jambatan Pulau Pinang atau jejambat depan kilang Motorola kat Kelana Jaya. Tapi gambar dia aku tak sempat snap lagi. Naik dekat Parit Bunga, turun kat Jalan Salleh/Sabak Awor (kalau kita datang dari arah Melaka le).
Tapi jambatan baru tu belum ada apa-apa legenda lagi macam Jambatan Sultan Ismail ni. Sama-sama la nanti kita tunggu apa cerita menarek pasal jambatan baru tu. Sementara waktu ni, legenda Jambatan Sultan Ismail ni tetap akan segar.
Labels:
Bridges
Wednesday, July 28, 2010
Asam Pedas Ikan Mayong
~ Asam Pedas Ikan Mayong, Jalan Joned - Muar ~
Dah rasa? Belum? Rugiiiiii......Ikan sedap, daging lembut, kuah asam best, aneka sayuran dan lauk-pauk dihidangkan. Kat mana? JALAN JONED, MUAR. Dari traffic light Rumah Wanita Johor (kawasan Tg Emas) terus ke arah Sekolah Menengah Agama Maahad Muar. Kedai ni di sebelah kanan jalan. Parking ada susah sikit la sebab ramai yang datang.
Asam Pedas selain Ikan Mayong, ada Pari, Ikan Merah dan Kembung. Harga ok. Ada jual air kelapa muda jugak. Masa aku ambil gambar ni aku layan asam pedas mayong, nasi panas, taugeh masak lemak dengan air teh o laici suam. Seharian buat kerja, dapat makan asam pedas ikan mayong Jalan Joned rasa berbaloi.
So, sesiapa yang pegi Muar, jangan lupa singgah kat ASAM PEDAS JALAN JONED!!! Terbaek!
Ini lunch aku...
Isi Mayong
Cuba try test - mai sechewan!!!~ Teh O Laici
Nak terangkan jugak ke? Tu kan nasi dengan sayur taugeh!
Labels:
Food
Tuesday, July 27, 2010
Beca Batu Pahat
Masa outstation ke Batu Pahat, Johor dan melalui kawasan lama Bandar Batu Pahat (nama lamanya Bandar Penggaram) aku dapat snap gambar Beca Batu Pahat. Dah tak banyak dah bilangan dia. Kira ni macam kita dapat tengok spesis flora atau fauna yang makin pupus le. Macam nampak anak Badak Sumatera gitu..hehehehe. Pengayuh beca ni kepenatan sampai tertidur dalam becanya di tepi jalan.
Kalau kita perhatikan betul-betul sebenarnya ada beza antara Beca Batu Pahat dengan Beca kat tempat lain macam Beca Muar dan Beca Melaka. Kalau ada gambar Beca Muar & Melaka nanti aku akan tunjukkan.
Di Melaka jaga-jaga nak naik beca. Kena tanya betul-betul harganya. Bukan apa, ramai yang ambil kesempatan. Di Muar pulak dah lama aku tak nampak beca. Tapi kalau ke stesen bas Pagoh atau Batu Pahat dalam Bandar Muar tu masih boleh jumpa lagi rasanya.
Nak senang, tengok je replika gergasi Beca Muar kat tepi Sg Kesang, sempadan dengan Sg Rambai, Melaka (lalu Jalan Lama, bukan Lebuh AMJ yang baru tu). Ok, permisi dulu!
Labels:
Trishaw
Shah Beach's Resort, Malacca
~Shah's Beach Resort, Malacca~
Kalau ikutkan hati aku, aku memang tak suka nak check- in di hotel di tempat yang aku tinggal. Bagi aku, aku tak suka buang duit tak tentu pasal kalau tak perlu menginap di hotel. Cuma sekali inilah aku check-in ke hotel di tempat yang aku reside. Biasanya aku tak buat.
Aku terpanggil untuk menginap di Shah Beach's Resort, Tanjung Kling Melaka sebab suasana dan lanskap di hotel tu yang memang menarik! Boleh hilang tekanan dalam diri bila kita duduk bersantai di kawasan dalam resort ini. Suasana yang dia create untuk kita memang kasi kita rasa nak berehat dekat situ dan tak nak buang masa fikir benda-benda berat.
Cuba tengok sendiri, aku tak tipu...
Entrance ke Lobi
(Lobinya ialah bekas ruang tamu tingkat bawah banglo lama stail 1960'an)
Blok Chalet menghadap padang/pantai
Parking belakang chalet
Waiting area di lobi
(Meja Marmar Kayu Jati)
Paterana atau Singgahsana?
(Di lobi jugak)
Blok Chalet Kedua mengadap padang dan laut Selat Melaka
View dari arah pantai ke dalam perkarangan resort
P/s : Ini link untuk peta ke resort ni:-
Dari tol Ayer Keroh:-
Dari tol Alor Gajah (Simpang Ampat):-
Labels:
Hotel / Resort
Monday, July 26, 2010
Chukai
CHUKAI
Selepas ke Cherating, aku naik kejap ke Chukai, Terengganu (22km ke utara Cherating). Tak sempat jalan-jalan sangat kat sana. Cuma ke Pantai Tok Nik dan makan tengahari kat situ kat Medan makan depan masjid Besar Chukai.
Bersih bandar dia. Kagum aku! Tambah pulak ada banyak signboard tulisan Rumi yang disertakan dengan tulisan Jawi! Sepatutnya tempat-tempat lain di Malaysia ikut cara diorang pasal signboard ni. Barulah tulisan Jawi terpelihara! Ni pun ada gambar2 sekitar Chukai yang aku ambil masa ke sana.
Sata
Cara sata dimasak
Kedai Jual Cenderamata
Port keropok lekor
Labels:
Places
Escapism 1 - Cherating
~Cherating~
Ok, selalunya dalam posting sebelum ini, aku banyak paparkan material masa aku ada di sekitar Johor dan Melaka. Kali ni aku nak kongsi material masa aku "cabut" ke Cherating hujung tahun lepas.
Dari Melaka aku ke Segamat. Kemudian ke Muadzam Shah, Gambang, Kuantan dan lepas tu sampai le ke Cherating.
Rasanya ramai tau Cherating kat mana kan. Kalau dari KL berapa jauh & etc. Susah-susah Pakcik Google boleh tolong tunjukkan.
Aku sukakan Cherating sebab inilah pusat peranginan di Pantai Timur yang kedua dekat dengan Melaka bagi aku. Mersing yang paling dekat. Tapi rasanya ramai akan setuju kalau aku kata Mersing tak lah se"famous" Cherating.
Bila dah ke sana, biasalah, cari sata, keropok lekor, makanan laut & benda-benda lain yang takde di Pantai Barat.
Kalau ada can lagi, kalau kepala aku berat dan sarat dengan tekanan kerja, Cherating kira tempat paling ideal untuk aku "lari" sekejap dan rehatkan otak.
Cerita banyak tak guna, tembak tak kena, sama-sama le aku sharekan foto-foto masa aku ke sana!
Chalet Mak Teh
1 malam : RM 50.00
Takde TV
Udang Goreng Mentega Pantai Cherating
Ini le kedai dia! Bukan atas tanah tau! Macam rumah kayu lama-lama yang tiang dia tinggi dalam 6-7 kaki. Lantai kayu. Superb!
Jalan Utama Pantai Cherating
Labels:
Places
Saturday, July 24, 2010
Kedai Bihun Sup Utara - Melaka
Kedai Bihun Sup Utara - Melaka
Had ni aku kena sembang stail oghang utara. Pasai apa? Pasai kedai makan yang gambaq dia la aku duk letak dalam blog aku ni memang dia juai menu utara saja. Menu had lein depa tak juai.
Hangpa nak makan bihun sup, char koey teow, mee udang...summua ada kat sini.
Location dia tak susah cheq! Kalu hangpa mai ke Melaka, kedai makan ni ada kok nu depan pintu masuk utama Hospital Melaka.
Tang mana hangpa nak mai pi depan pintu depan Hospital Melaka tu tak dapat lah aku nak bantu sat nih. Hangpa Google Map ka, GPS ka, Garmin ka. Pandai2 lah no.
Nak lagi mudah, had bawah blog aku ni ada peta, buleh cari kat situ kasik pebesaq map tu tang Malacca Town, hangpa carilah Hospital Melaka tu tang mana! Haaa depan dia ada la kedai makan ni! Toksah serabut ghapla dok pikiaq dalam2 sangat!
Potong ekoq kucin aku berani gerenti kat hangpa taste utara dalam masakan depa tak mengecewakan. Silap2, rasa nak order ayaq nyioq kasik pelega tekak lepaih makan banyak kat sini. Kalu mai sini, jangan lupa pi pekena had kedai makan ni no! Perabih duit bang skupang dua pun puas ati la habaq mai!
Had ni aku kena sembang stail oghang utara. Pasai apa? Pasai kedai makan yang gambaq dia la aku duk letak dalam blog aku ni memang dia juai menu utara saja. Menu had lein depa tak juai.
Hangpa nak makan bihun sup, char koey teow, mee udang...summua ada kat sini.
Location dia tak susah cheq! Kalu hangpa mai ke Melaka, kedai makan ni ada kok nu depan pintu masuk utama Hospital Melaka.
Tang mana hangpa nak mai pi depan pintu depan Hospital Melaka tu tak dapat lah aku nak bantu sat nih. Hangpa Google Map ka, GPS ka, Garmin ka. Pandai2 lah no.
Nak lagi mudah, had bawah blog aku ni ada peta, buleh cari kat situ kasik pebesaq map tu tang Malacca Town, hangpa carilah Hospital Melaka tu tang mana! Haaa depan dia ada la kedai makan ni! Toksah serabut ghapla dok pikiaq dalam2 sangat!
Potong ekoq kucin aku berani gerenti kat hangpa taste utara dalam masakan depa tak mengecewakan. Silap2, rasa nak order ayaq nyioq kasik pelega tekak lepaih makan banyak kat sini. Kalu mai sini, jangan lupa pi pekena had kedai makan ni no! Perabih duit bang skupang dua pun puas ati la habaq mai!
( Had ni cheq duk pekena serround ~ Char Koey Teow Special. Lawan pulak dengan Nescafe tarik kurang manih - puhhh, meletup tak sangga!)
Labels:
Food
Friday, July 23, 2010
Jelapang Padi Johor
Tahukah kamu bahawa sebenarnya di Johor juga terdapat jelapang padi seperti di Kedah? Tak tau? Haaa...meh sini aku bagitau! Walaupun kawasan jelapang padi mungkin tidak sebanyak dan seluas macam yang terdapat di negeri Kedah, tapi Johor tidak kalah dengan memiliki beberapa jelapang padi yang indah.
Antaranya di Sungai Buaya-Batu Pahat, Sawah Ring-Muar, Kahang-Keluang, Kesang Tasek-Ledang dan tak ketinggalan di Tenglu-Mersing, seperti dalam gambar di sini.
Kawasan sawah padi ini terletak di jalan ke arah Pantai Air Papan. Jika dari arah Pekan Mersing ini kita perlu menggunakan jalan pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia ke arah utara (Pekan/Nenasi/Kuantan) dan simpang ke Air Papan terletak di sebelah kanan jalan kira-kira 20-30 km melepasi Pekan Mersing.
Apa yang menariknya kawasan jelapang padi ini ialah ia terletak hampir dengan tepi pantai Air Papan dan belum lagi sarat dipenuhi dengan rumah-rumah batu design baru atau papan-papan iklan yang gedang-gedang!
Lagi menarik ialah tidak ada sebarang menara telekomunikasi atau menara pencawang TNB yang mampu menganggu lanskap sawah padi di sini.
Saya sendiri sudah menyaksikan keindahan jelapang padi yang diganggu oleh menara pencawang TNB seperti yang wujud di kawasan sawah padi di Serkam dan Padang Temu, Melaka - Potong stim betul!~
Saya cuma berharap yang kawasan ini akan kekal sebegini selama mungkin dan tidak diganggu dengan keperluan pembangunan yang tidak mendesak dan tidak perlu.
Anak-anak cucu kita perlu tahu dari mana asalnya beras iaitu bentuk mentah nasi makanan ruji kita. Mereka kena tahu apa itu sawah, petak, batas ban, kepuk padi, tali air, permatang, parit, ikan keli, puyu, haruan, tikus, ular, "orang-orang" dan macam-macam lagi berkenaan dan ada sangkut-paut dengan sawah-padi.
Untuk itu kita kena ada sawah padi yang original. Bukan sawah-padi buatan macam yang ada di Selangor tu.
Labels:
Places
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)