Nuffnang Ads

Tuesday, August 31, 2010

P. Ramlee - Dendang Perantau (FULL SONG)

Hari Raya Aidilfitri semakin dekat. Jadi, makin banyak lagu raya dimainkan dalam radio atau di pusat beli-belah. Ini antara lagu raya Evergreen yang memang aku suka. rasanya ramai lagi yang minat lagu ni. Bukan apa, lirik, susunan dan tempo muziknya menggamit sukma! Hehehe - kalau dengar, mesti semangat nak beraya di kampung dengan keluarga & sanak saudara membara! Selamat Hari Raya semua! Pandu cermat, jiwa selamat!

Saturday, August 28, 2010



Masjid Jamek Sultan Ibrahim


Masjid Jamek Muar yang pertama telah dibina pada tahun 1887. Dalam tahun 1920an, satu jawatnkuasa dibentuk untuk menguruskan pembangunan Masjid Jamek Muar yang baru. Antara langkah diambil oleh jawantankuasa ini adalah mengutip derma dari orang ramai. Hasilnya RM10,000 dapat dikumpulkan. Kemudian, jawatankuasa membawa rancangan pembangunan tersebut kepada Sultan dan perkara tersebut mendapat perhatian Sultan.


Dalam tahun 1925, kerja-kerja membangunkan Masjid Jamek Sultan Ibrahim telah dimulakan. 5 tahun kemudian iaitu pada tahun 1930, masjid tersebut telah berjaya disiapkan dengan sempurna. Upacara perasmian telah dilakukan oleh Menteri Besar johor, Dato’ Mustafa bin Jaafar.


Panduan: Masjid Jamek Sultan Ibrahim terletak di Jalan Petri, Muar, berhampiran dengan muara Sungai Muar. Jika pengunjung memandu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, ikut susur keluar Tangkak dan pandu terus melalui Sungai Mati dan Parit Bunga. Bandar Muar terletak 27km dari susur keluar Tangkak.

Sumber Foto : Wikipedia

Sumber Artikel : http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/muar/

Rumah Penghulu Natar

Sebelum dibaik-pulih

TANGGA batu dengan kemasan jubin bermotif bungaan segar itu bagaikan tersenyum menyambut kunjungan para tetamu ke teratak berusia 179 tahun ini.



Rona ceria dan kemasan pada ikon seni bina Melayu Melaka itu masih kekal dan menarik biarpun diuji perjalanan masa mencecah hampir dua abad. Malah, menurut beberapa orang penduduk setempat, tangga batu di rumah milik penghulu Demang Abdul Ghani Abdul Majid ini adalah yang tercantik Melaka.



Melangkah ke ruang halaman sederhana besar, terdapat dua kolah di sisi tangga yang dahulunya digunakan untuk mencuci kaki sebelum naik ke rumah selain untuk mengambil wuduk.



Replika labu dan nanas yang diletakkan bersebelahan pula dikatakan membawa maksud kemanisan dan kemewahan kepada tuan rumah serta tetamu yang berkunjung ke rumah bekas Ketua Penghulu jajahan Merlimau ini.



Usai melangkah bendul di muka tangga, gambaran struktur keseluruhan rumah dapat dilihat dengan jelas. Dibina di tanah seluas 1,350 meter persegi, rumah ini dibina pada tahun 1831 dengan kos RM23,000. Ia mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.



Sehingga kini keadaannya masih megah tersergam. Seni jubin serta ukiran yang dipengaruhi gaya seni bina Palembang, China dan Eropah menjadikan rumah agam ketua penduduk yang dilantik British ini memiliki pesona yang tersendiri.



Menariknya, bekalan jubin tersebut dibawa oleh pedagang asing yang datang ke Melaka. Ada yang datang dari China, Jepun malah sejauh Itali.



Selepas kematian Abdul Ghani, rumah unik ini diwariskan kepada anak lelakinya, Penghulu Md. Natar Abdul Ghani, juga telah meninggal dunia pada 1978.



Menurut cucu Md. Natar yang menjaga rumah tersebut, Rizal Md. Ramli berkata, rumah tersebut direka moyangnya bukan sekadar sebagai kediaman sebaliknya sebagai pusat pengurusan mukim.



“Rumah ini terbahagi kepada anjung, rumah depan, rumah tengah dan rumah belakang. Ia juga dilengkapi dengan pelantar, dua bilik tidur, loteng dan ruang memasak yang besar memandangkan mesyuarat pembesar dan majlis keraian sering diadakan di sini satu masa dahulu,” katanya ketika ditemui krew Jurnal baru-baru ini.



Jelas Rizal, 36, rumah depan atau anjung digunakan untuk urusan pentadbiran, perbincangan, perbicaraan dan penyelesaian masalah.



Tidak hairanlah, terdapat banyak kerusi panjang yang terlekap di sekeliling di bahagian ini. Selain itu, tokoknya, deretan kerusi itu menjadi pilihan para pegawai British yang berkunjung ke rumah itu duduk dan berehat dengan lebih selesa apabila canggung duduk bersila.



“Semua ukiran di anjung ini bermotifkan flora dan fauna. Motif burung tekukur dan lekapan tanduk rusa asli di muka rumah ini menunjukkan moyang saya yang sangat gemar berburu,” katanya.



Seni bina anjung dipengaruhi gaya limas yang menggabungkan warisan Johor, Riau dan Lingga turut diolah ke bahagian rumah depan.



RUANG anjung dijadikan tempat untuk bermesyuarat, meraikan pembesar dan membicarakan serta menyelesaikan masalah penduduk kampung.



Di ruang ini, pengkayaan ukiran pada kekisi tingkap, jendela dan daun pintu jelas kelihatan. Menggunakan khidmat pakar ukir dari Kelantan, ketelitian memilih corak dan kehalusan menzahirkan ilham di atas kayu resak sekaligus mengadapatasi estetika rumah Melayu tradisional.



Melangkah ke rumah tengah yang menjadi ruang utama teratak warisan ini, pertembungan dua prinsip rekaan seni bina lama iaitu Melayu Melaka dan seni bina limas yang menggabungkan Melayu Johor, Riau dan Lingga jelas kelihatan.



Berfungsi sebagai ruang tumpuan jika ada majlis keraian mahupun mesyuarat bersama para pembesar, sebuah persemayaman khas untuk penghulu masih dikekalkan di situ. Menurut sesetengah pendapat, selain penghulu, pengantin dari keturunan Demang akan disandingkan di persemayaman tersebut.


Loteng



Ukiran naga pada bahagian ruang rehat tangan dan warna merah-kuning yang melatari persemayaman itu jelas diambil dari pengaruh China.

 

Kamar tidur untuk Demang pula ditempatkan berdepan dengan tempat persemayamannya. Di ruang itu juga terdapat satu tangga khas untuk ke loteng yang menempatkan anak-anak gadis Demang serta khazanah warisan keturunannya.

 

Tiang seri yang terletak beberapa langkah dari tempat Demang mempengerusikan mesyuarat pula sarat dengan ukiran hiasan secara tidak langsung menjadi titik fokal yang mengindahkan rumah tengah.

 

Menuruni tangga di sisi rumah tengah, kelihatan rumah belakang yang dipisahkan dengan pelantar simen. Kata Rizal, pelantar tersebut digunakan untuk tujuan menjemur padi, kuih, ikan dan pelbagai aktiviti lain. Ia juga menjadi tempat penyediaan hidangan dalam majlis tertentu.
Di sisi kiri tangga, sebuah kolah buatan disediakan untuk tujuan minuman dan kegunaan harian.

 

“Rumah belakang pula biasanya digunakan oleh wanita khasnya kaum ibu untuk berbincang, berhibur dan beristirehat. Atap genting asal untuk rumah ini masih digunakan hingga sekarang.

 

“Di hadapannya pula ada dapur yang bersambung dengan lokap untuk pesalah-pesalah ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” ujar Rizal.



Keunikan dan nilai sejarah yang ada pada rumah warisan ini telah melayakkannya untuk dibaik pulih oleh Jabatan Warisan Malaysia pada tahun 2007 dengan kos RM1.8 juta.



Struktur rumah ini masih dikekalkan dan ia dicat semula dengan warna asal untuk menyuntik wajah baru dan keceriaan kepada teratak bersejarah ini.



Dikenali sebagai Rumah Penghulu Abdul Ghani/Md. Natar, ia adalah rumah Melaka tertua dan dianggap antara rumah tradisi tercantik di negara ini. Minat pemiliknya kepada budaya seni bina tradisi Melayu hampir dua dekad lalu memberi peluang kepada generasi sekarang untuk menyaksikan warisan budaya ini.



Selepas dibaik-pulih

Friday, August 27, 2010

Apa bendanya "ICE BLENDEN" ni?


Sekadar berkongsi sekeping gambar yang aku sempat ambil masa minum di sebuah kedai makan di Segamat tak berapa lama dulu.

Apa maksud "Ice Blenden" ni?

Bahasa apa ni? Jawa? Belanda? Afrikaan? Bugis? Mendailing?

Apa istilah sebenar yang betul?

Apakah tafsiran yang tepat dalam Bahasa Melayu?

Ada sesiapa yang tahu? Boleh kongsi

Salam Dunia - M. Nasir



Lagu raya generasi baru kegemaran aku!

Keluar dari kebiasaan dendangan tentang ketupat-rendang-dodol.

Mengangkat taraf sambutan hari raya kepada perspektif yang lebih luas dan dalam.

Buat semua, selamat hari raya & maaf zahir-batin.

Semoga gembira di hari raya bersama keluarga dan rakan taulan!

Allahhuakbar!




Kacang Pool


1 set kacang pool siap dengan nescafe tarik kurang manis, sedia untuk dikitai!


Close-up

Salam semua. Apa khabar? Sorry lah ya. 2-3 hari kebelakangan tak banyak entry masuk dalam blog ni. Maklumlah, raya makin dekat. Banyak benda nak dibuat. Kerja pun sedikit menggunung. Itu yang buat blog ni "terkelendat" sikit.

Ok, kali ni aku nak tunjukkan sejenis makanan yang boleh tahan famous buat warga Johor Bahru - KACANG POOL.

Masa aku kerja di JB dulu, aku tak tau pun adanya makanan ni. Bila dah pindah dari sana & jumpa sorang staff kat office sekarang, baru aku tau makanan ni wujud!

Kacang Pool ni kandungan dia Roti dengan Kuah Kacang. Roti dia roti bakar la. Kuah Kacang dia tu tak rasa kacang tanah tau.Rasa bake beans sebenarnya. Dia dah dicampur dengan daging kisar, so rasa macam beriyani pun ada, macam inti Roti John pun ada. Tapi sedap la.

Nak sedap lagi diletakkan telur mata kerbau sejibik! Diletakkan jugak limau sejibik untuk diperah bagi menaikkan sedikit rasa masam manis dalam kuahnya tu.

Kacang Pool yang aku layan ni dekat Larkin. Sebelah jalan masuk ke Balai Bomba Larkin. Kalau dari arah Skudai (utara JB) dan menghala ke Singapura, kedai ini terletak di sebelah kiri selepas persimpangan bertingkat dan ke Terminal Bas Larkin. Setentang dengan Court Mammoth Larkin (antara Court Mammoth tertua dan terawal di M'sia ni). Jalan ni jalan utama nak masuk ke JB dari utara atau kalau nak ke Tambak Johor - Jalan Tun Abdul Razak - Skudai kalau tak silap aku. Nak lagi tepat nama jalan tu tanya Uncle Google Maps ok!

Kalau ke JB, cuba korang cari tempat ni dan rasa Kacang Pool ni, tobat misti nak lagi!



Wednesday, August 25, 2010

Sudirman - Tegakkan bendera kita

Sempena kedatangan ulang-tahun kemerdekaan Malaysia pada 31.08.2010 ini, jom sama-sama kita layan lagu patriot dunia seni Malaysia - Allahyarham Sudirman. Lagu yang spirited dan inspiring ini walaupun pendek tapi cukup bertenaga dan meransang semangat! Merdeka!

Tuesday, August 24, 2010

M. Nasir - Mentera Semerah Padi



Kenapa lagu ini? Sebab ini lah lagu yang ada kena-mengena dengan gambar-gambar budak-budak silat yang ada di bawah!

Adik aku dapat shoot gambar diorang ni di satu kenduri kahwin orang kampung aku. Menarik jugak tengok performance diorang hari tu. Dengan segala gendang, serunai, nafiri dia main masa budak2 silat tu perform. Buat bakar semangat juang dalam diri pun ya jugak.

Kalau kita tak bangga dengan warisan bangsa sendiri, sapa lagi kan?

Justeru, demi menaikkan mood berjuang itu, lagu M.Nasir yang satu ni memang sesuai la!





Monday, August 23, 2010

Medan Ikan Bakar Teluk Ketapang

Biasa pergi makan ikan bakar di Melaka? Di mana? Port Supai?Kuala Sungai Baru? Tanjung Bidara? Pengkalan Balak? Lereh? Muara Duyong? Alai? Umbai-Pernu? Serkam? Anjung Batu?

Haaaa.....itu semua kita dah biasa dengar kan? Rasanya ramai biasa pergi mana-mana tempat di atas kalau nak makan ikan bakar di Melaka.

Pernah dengar Medan Ikan Bakar Telok Ketapang? Haaa, medan ikan bakar yang satu ni tersorok sikit. Kalau nak tahu Teluk Ketapang ialah tempat mangkatnya Raja Haji - Pahlawan Bugis tersohor yang hampir melepaskan Melaka dari penjajahan Belanda suatu ketika dulu.

Kenal tak siapa Raja Haji? Tak kenal? Pergi tanya Lebai Google atau Ustaz Wikipedia!

Cuma ada 3 kedai je dekat sini. Jalan masuknya terletak di Pekan Telok Mas berhampiran Sekolah Pemulihan Akhlak Henry Gurney.

Kalau datang dari arah Bandar Melaka, bila jumpa simpang empat lampu isyarat Telok Mas, belok ke simpang kanan ke arah kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana. Kalau dari Muar belok ke kiri le kat simpang empat tu.Masuk dalam celah-celah kampung orang laluannya.

Yang penting pastikan menyusur pagar Henry Gurney di sebelah kiri jalan kita, pastu sure jumpa tempat ni kat hujung jalan tu.

Dari 3 kedai yang ada di situ, aku suka Kedai Cherana Putih. Masakan dia superb!

Sotong goreng tepung dia memang marvelous! Ikan keli laut masak asam pedas memang menarik. Tu belum lagi sambal udang dengan jenahak 3 rasa atau masam manis dia. Memang mantap.

Nak lagi best, datang le time tengah bulan waktu bulan penuh. Air laut yang pasang dan cahaya lampu Kota Melaka dapat dilihat dari jauh, memang indah!

Kena pulak angin laut datang bertiup - fuhhhhh, orang kata memang syiokkkk!

Harga dia boleh le dikatakan berpatutan tak semahal harga Ikan Bakar Umbai atau Alai ataupun Muara Sungai Duyong.


Pengunjung kecil Cherana Putih


Pengunjung kecil mulai lapar dan membuat onar!



Tong biru kat belakang tu sarat dengan ikan, sotong, kupang, lala & kerang segar!


Akak tokey kedai tu sabar je layan kerenah pengunjung yang tengah kelebek ikan!

Sunday, August 22, 2010

Tanjung Inn

Inilah Tanjung Inn, Cherating. Hijau saja kawasan dia, berumput, teduh dengan pokok-pokok hutan pantai dan pokok kelapa. Dah 2 kali aku menginap di sini semasa ke Cherating. Lokasinya tak susah. Kalau dari Balok/Kuantan simpang nak masuk jalan dia sebelah kanan kita lepas Jambatan Sungai Ular.

Kemudahan ok. Bilangan, jenis dan harga chalet-chalet dia memang berpatutan. Apa yang penting suasana di sini memang damai dan tenang.


Cuma kena bawa ubat nyamuk atau aerosol. Kalau tidak, memang kena baham dengan nyamuk atau agas la malam-malam buta.

Kedudukannya memang di tengah-tengah antara Chalet/Hotel/Resort yang lain dan 200 meter sahaja dari pantai. Kalau ke Cherating dan nak cari tempat yang sederhana kadar sewanya tapi menarik, Tanjung Inn lah aku cadangkan!



Chalet aku menghadap tasik buatan yang damai.

Persekitarannya memang terjaga rapi. Kemudahan bersantai di tepi tasik tersedia.

Chalet-chalet kayunya memang best. Sejuk masa waktu malam. Ada aircond, tv dan pemanas air untuk mandi dan minum.

Saturday, August 21, 2010

The Weepies - Somebody Loved (From Dirty Sexy Money)

Gunung Lambak

Kluang, daerah tengah Negeri Johor yang ekonominya berkisar banyak pada aktiviti pertanian, pembalakan, perniagaan dan perkhidmatan bukanlah seperti daerah lain di dalam negeri itu.

Selain dari Bandar Batu Pahat (dulunya dikenali sebagai Bandar Penggaram) yang terletak di kaki sebuah bukit iaitu Bukit Soga, Kluang ialah satu-satunya daerah di mana bandarnya terletak di kaki sebuah gunung iaitu Gunung Lambak.

Merupakan kawasan hutan simpan kekal yang diwartakan, Gunung Lambak adalah mercu tanda semulajadi Bandar Kluang yang sangat indah dan tidak hairanlah banyak petempatan wujud di kaki gunung itu kerana suasananya yang nyaman mampu menggamit mata sesiapa saja yang melihatnya.

Semasa bersekolah di sana pada pertengahan 1990'an dan melakukan kajian tempatan untuk subjek Geografi, saya dimaklumkan dalam satu temubual dengan Penolong Pegawai Daerah Kluang pada masa itu bahawa masih terdapat beberapa keluarga Orang Asli yang tinggal di dalamnya dan meneruskan kehidupan dengan bergantung kepada hasil hutan.

Selain itu berhampiran dengan sebuah kampung di kakinya terdapat resort yang diwujudkan untuk menampung kehadiran pelawat yang mahu merasai suasana bermalam di dalam hutan gunung iaitu Gunung Lambak Resort.

Walaupun sudah 3 kali bermalam di situ, saya cenderung untuk tidak menggunakan kemudahan aircond yang disediakan pihak Resort di situ kerana suhu dingin semulajadi hutan itu sahaja sudah mampu untuk membuatkan kita mengerekot berselimut di atas katil dan menggigil. Apatah lagi jika hujan turun di lewat malam, alamatnya seakan beku urat saraf dan otot.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa bermalam di sana.


Gambar Gunung Lambak dari kampung berhampiran

Pokok-pokok besar yang memayungi tebing tinggi di antara pejabat resort dengan Bilik dan Chalet 


Jalan naik ke atas puncak resort.

Kelihatan orang awam yang lalu lalang berjogging di sekitar resort di waktu sore.

Jalan turun keluar dari resort di tepi Chalet yang saya diami.


Thursday, August 19, 2010

Pelita Ramadhan




















(Gambar ihsan laman  Facebook saudara Mohsen Amdan - mohsenamdan.blogspot.com )

Malam 10 Ramadhan -
Usai berbuka puasa dan setunainya solat maghrib, aku ke Alai untuk menjamu selera di Medan Ikan Bakar Crystal Bay.

Laluan yang aku lalu :- Ayer Keroh - Bukit Katil - Jalan Tun Kudu-Paya Dalam - Bukit Kechik - Batu Putih - Kg Tengah - Umbai -Pernu -Telok Ma s- Alai.

Bila tiba di Kg Tengah hingga ke Umbai, sudah kelihatan beberapa rumah memasang pelita. Walaupun "Tujuh Likur" masih jauh, namun kemeriahan suasana malam Ramadhan terserlah.

Berbondong-bondong para jemaah yang hendak berterawih bergerak ke Masjid dan anak-anak kecil bermain bunga api di laman-laman rumah di sepanjang laluan di situ.

Usai di meja makan, aku ambil angin ke Serkam sampailah ke Rumah Penghulu Natar di Merlimau.

Suasana sama menerpa mata. Cumanya jemaah terawih dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Kesibukan sedikit kelihatan di Masjid Makam Sultan Ali di tepi jalan Kg Pernu.

Di Serkam, suhu malam mulai mendingin dan bulan sabit yang jelas menerangi langit terimbas indah di air petak-petak sawah di Kg Tedong dan Kg Sempang (Kg asal Ziana Zain).

Indah dan nyaman malam Jumaat 10 Ramadhan! Hilang tekanan di tengah-tengah perjalanan.

Dalam minggu mendatang, aku kira pesta pelita Ramadhan akan semakin galak di banyak kawasan di Melaka khasnya di Melaka Pindah, Merlimau, Sebatu, Sg Rambai, Kg Mortern dan Sg Udang.

Jom ke Melaka, nikmati suasana tradisi Ramadhan sebenar di Malaysia! Kalau nak tengok pesta pelita menggila marilah datang ke Melaka!

P/s : Maaf tiada gambar sebab aku terlampau kaget untuk mengambil kamera. Dari aku sibuk ambik gambar, baik aku enjoy pemandangan yang ada! Kakaka!


Wednesday, August 18, 2010

Kluang Rail Coffee


Kluang Rail Coffee, nama yang tidak asing lagi untuk penduduk sekitar daerah Kluang, Batu Pahat dan Simpang Renggam, Johor.

Kedai kopi yang terletak di Stesen Keretapi KTM, Bandar Kluang ini memang menarik! Menu-menunya yang simple macam roti bakar (pelbagai jenis inti), telur separuh masak, nasi lemak bungkus ditambah pula dengan aroma kopinya yang memang ummphhh!!! membuatkan tempat ini seringkali sesak dengan pengunjung terutamanya di hari hujung minggu.

Ini ialah beberapa foto yang sempat aku "snap" masa pergi "mengeteh" kat situ masa ke Kluang.


                                                                                   Stesen Keretapi KTMB  Bandar Kluang, Johor.


    Telur separuh masak salah satu menu menarik.

                                                                                  Papan tanda waktu perniagaan

Cashier - dibelakangnya ialah tempat membuat roti bakar dan storage untuk serbuk kopi.


                                                                                   Pengunjung memang ramai kalau hari minggu.


    Tempat buat air minuman.

Kalau hari lepas hujan lagi best pergi sini, sebab kita boleh nikmati kopi panas & roti bakar sambil dibuai angin sejuk Kluang dan melihat Gunung Lambak yang melatari Bandar Kluang itu sendiri.

Lebih menarik lagi memandangkan kedudukan Stesen Keretapi Kluang yang terletak di atas kawasan bukit, kita juga dapat melihat pemandangan kesibukan sebahagian Bandar Kluang kalau kita duduk makan/minum di premis Kluang Rail Coffee ini.

Bagi mereka yang mahu melihat tinggalan seni-bina kayu Inggeris pula, aku kira Stesen Keretapi Kluang itu sendiri merupakan artifak gergasi yang boleh diamati dan diteliti!

Oh ya, satu lagi, menurut kata seorang kawan aku yang memang merupakan penduduk asal Bandar Kluang, Kluang Rail Coffee ini tak ada buat apa-apa francais.

Jadi premis kedai kopi yang seakan-akan seperti nama dia yang ada di Tesco, Melaka atau Mid-Valley Megamall, Kuala Lumpur (kedai kopi Kluang Station) dikhabarkan sebagai bukanlah kedai kopi yang sama dengan Kluang Rail Coffee walaupun menu yang disajikan seakan-akan sama.  Harap maklum.

Jom kita minum kopi!!!

Tuesday, August 17, 2010

Sibuk


~SIBUK~

Hmmmm.....dua hari ini sibuk sungguh. Kerja menimbun. Tanggungjawab bulan Ramadhan pun menguji kesabaran. Nasib baik cuaca agak sejuk dan dingin kesan dari hujan petang dan malam yang turun tanpa kira waktu sejak dua hari lepas.

Kerja-kerja yang membukit dapat ditawarkan ketegangannya dengan tidur yang selesa.

Selatanselat sedang menyusun dan menyemak semula material blog. Entri baru bakal menyusul apabila kesenggangan waktu itu ada. Sementara ini, nafas saya turun naik kepenatan melayani komitmen kerja, agama dan keluarga.

Semoga selepas ini akan bisa ada ruang untuk kita berkongsi lebih banyak entri dan gambar-gambar menarik di sini.

Kepada "Pelangi" yang baru menjadi follower blog ini saya ucapkan selamat datang dan terima-kasih.

Semoga semua kita dapat berpuasa dan beribadah dengan baik dan sempurna di Ramadhan Al-Mubarak ini.

Assalamualamanittaba'alhudha'!

Sunday, August 15, 2010

Nasi Ambeng


Ini nasi ambeng. Makanan Orang Jawa. Kalau ada kenduri-kendara biasanya dihidangkan di dalam dulang dan dimakan beramai-ramai, biasanya satu dulang dalam 4 - 8 orang akan berkongsi. Nasi ambeng ini selain dari nasinya ada lauk ikan kering, ayam goreng, sambal daging,sotong atau udang goreng, sayur kobis atau kacang panjang, kerisik goreng, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, tempe dan soon.



Dulu kalau hendak makan nasi ambeng kena tunggu ada kenduri-kendara baru dapat merasa, tapi sekarang orang dah jual secara hidang/bungkus di pasar-pasar malam, pasar-pasar minggu, kedai-kedai makan dan restoran.



Masa singgah sarapan pagi di Tanjung Agas, Muar satu hari tu aku layan nasi ambeng dalam gambar ni dan tambah paru goreng berlada. Mantap! Tapi dia letak mee hoon goreng untuk ganti soon. Itu yang kurang menyengat sikit rasa dia.



Kalau nak rasa nasi ambang yang mantap bolehlah ke Daerah Batu Pahat, Kluang dan Pontian sebab di sana komuniti Jawa masih ramai dan mereka memelihara keaslian cara dan citarasa masakan nasi ambeng ni!

- WES MANGAN? WES!-


 





Friday, August 13, 2010

Ramadhan - 3rd Day - 2010

Hari ini, sudah masuk hari ke-3 puasa. Ini juga hari pertama aku terpaksa keluar outstation sejak puasa bermula. Cuaca agak panas sepanjang perjalanan ke Segamat, Johor. Trafik ok. Tak banyak lori-lori sawit macam selalu. Layan corner macam biasa, tapi sebab berpuasa ada lemau dan mengantuk sikit! Nasib baik kes aku dapat selesai dan tak payah jalankan Perbicaraan engan menyoal segala saksi bagai nak rak. Jimat tenaga dan kudrat aku!

Tapi bila tiba waktu petang dalam jam 3.30 lepas solat Jumaat, cuaca makin panas. Nasib baik dalam perjalanan balik ke Melaka aku memandu ikut Jalan Tangkak - Jasin - Bemban - Air Keroh. Redup sikit. Suasana kampung di kiri kanan jalan menenangkan mata dan  menyegarkan minda - walaupun lapar tetap terasa.

Bila tiba di air Keroh, jam dah 4.30 petang. Aku malas nak ke pejabat lagi. Balik ke kawasan rumah, singgah ke Pasar Ramadhan dan beli juadah untuk berbuka.

Bila tiba di rumah tekak makin haus. Aku parking kereta, angkat barang masuk dalam rumah, kemudian rehat kejap. Lepas hilang penat aku solat Asar dan tunggu isteri dengan anak aku balik. Masa tunggu ni cuaca tiba-tiba bertukar jadi mendung. Tak lama lepas tu awan jadi hitam pekat dan kilat mulai menyambar.

Akhirnya dalam jam 6.05 petang, hujan turun dengan lebat. Alhamdulillah. Hujan lebat terakhir ialah pada hari sebelum mula Puasa. Bila Puasa, 2 hari pertama panas terik. Petang hari ketiga baru hujan turun dengan lebat. Nyaman sikit masa nak berbuka. Bau gerimis hujan memang "soothing". Alhamdulillah - doa aku agar Puasa tahun ni sejuk sedikit dengan simbahan air hujan termakbul atas kuasa Illahi pada hari ketiga. Syukran!



Wednesday, August 11, 2010

PLUS - Yong Peng - Pagoh Route


Melalu lebuhraya PLUS dari arah selatan ke utara Semenanjung Malaysia selepas melepasi susur keluar ke Plaza Tol Yong Peng Utara dan sebelum sampai ke susur keluar ke Plaza Tol Pagoh, kita akan melalui suatu kawasan lembangan tanah yang menarik bentuk muka buminya. Di sebelah kanan laluan saya  ialah kawasan ke arah Kluang dan di sebelah kiri laluan saya ialah kawasan ke arah Parit Sulong, Batu Pahat.

Latar-belakang laluan ini ke arah utara ialah kawasan perbukitan menghampiri Pagoh yang tampak indah berbalam dari kejauhan jika kita memandu dari arah Yong Peng. Seolah-olah satu banjaran bukit tinggi yang terletak di hujung kawsan sawah padi pemandangan itu.

Terdapat sebatang sungai besar yang mengairi kawasan ini yang dikenali sebagai Sungai Sembrong dan di kawasan ini jugalah di hulu sungainya dikatakan terletaknya Empangan Sembrong.

Pada banjir besar yang melanda JOHOR pada tahun 2006, dikhabarkan air yang tertampung terlalu banyak akibat hujan lebat luar biasa yang melanda kawasan tengah dan tenggara negeri Johor yang terkumpul di empangan itu terpaksa dilepaskan lalu ia  menyebabkan banjir melanda kawasan berhampiran seperti Parit Sulong, Parit Yaani,Parit Raja, Kluang, Kahang dan sedikit kawasan di Mukim Pagoh.

Di kiri dan kanan jalan ini wujud ladang-ladang sawit dan tanaman kontan serta nurseri sawit dan bunga kecil-kecilan yang diusahakan penduduk setempat.

Gambar-gambar ini saya rakam selepas menempuh hujan lebat di kawasan Lebuhraya PLUS Machap-Air Hitam dan cuaca sedang bertukar dari mendung kepada hujan yang semakin kuat. Walaupun suhu aircond dalam kereta sudah direndahkan ke tahap minima, tapi kesejukan dan kedinginan ketika melalui kawasan ini tidak dapat dielakkan kerana hari sedang hujan dan terdapat kawasan bukit-bukau hutan malar hijau yang agak tebal di kiri dan kanan laluan saya.

Banjaran Gunung yang memisahkan Mukim Pagoh dan Batu Pahat-Kluang

Pandangan sisi kiri laluan ke arah Parit Sulong

Hujan mulai lebat

Semakin hampir dengan kawasan bukit-bukau dan gunung yang diliputi hutan

Jalan menaiki bukit dan udara di sini sedikit dingin sebab menghampiri bukit-bukit hutan tebal.

Mula memasuki kawasan Mukim Pagoh - Dusun Damai Resort hanya 2-3 km di hadapan.

Sampai di Mukim Pagoh.

Kurangkan pecutan, kawasan turun bukit dan katanya ada speed trap di sini.

Kabus petang mulai naik ke ruang udara selepas hujan lebat di sebelah pagi-tengahari.

Kabus makin tebal di kawasan Pagoh.

Dingin!

Sejuk!

Hutan malar hijau.

Hutan malar hijau juga!